AMALAN sihir nasi kangkang dipercayai sering digunakan oleh sesetengah isteri dengan tujuan untuk menundukkan suami yang dilarang dalam Islam.Seorang lelaki berkongsi pengalaman apabila dia mengambil keputusan berjumpa dengan seorang ustaz selepas ada individu mendakwa dia terkena amalan tersebut daripada isterinya sendiri. Menurut lelaki itu, isterinya sendiri mengajak dia berjumpa seorang ustaz bagi membuktikan dia tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.Mendapatkan pandangan orang berilmu adalah tindakan tepat bagi mengelak masalah berlarutan. -Gambar hiasan AI"Ada orang tuduh aku kena nasi kangkang dengan isteri aku. Jadi isteri aku beria ajak pergi jumpa ustaz sebab dia nak buktikan dia tak buat benda itu."Aku percaya dia tak buat tapi perempuan kalau dah dia cakap nak, dia nak. Jadi kami pergi jumpa ustaz," katanya.Seperti dijangka, pertemuan dengan seorang ahli perubatan Islam membuktikan isterinya bukan dalang kelainan yang sedang dialami.ARTIKEL BERKAITAN: “Suapan pertama terus nampak dia berbaju Jawa” - Hidup jurutera kilang musnah, jadi separuh gila ‘dikangkang’ wanita seberangARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ‘angau’ bercinta, rancang nikah janda... Bakal isteri terkejut difitnah guna nasi kangkangSebaliknya jelas ustaz berkenaan, 'sakit' dialaminya sudah lama bersarang dalam dirinya dipercayai daripada keturunan."Ustaz beritahu ini bukan bini kau buat nasi kangkang tapi daripada diri aku sendiri. Dia cakap itu daripada keturunan, memang sudah lama aku sakit badan semua ini."Pengajarannya, jangan nilai orang berdasarkan muka atau perangai dia. Mentang-mentang bini aku nampak 'baddie', terus tuduh dia buat benda tak elok," katanya.Lelaki berkongsi pengalaman selepas dituduh terkena amalan 'nasi kangkang' daripada isterinya.Pasangan itu berjumpa ustaz bagi membuktikan dakwaan tersebut tidak benar.Hasil pemeriksaan mengejutkan apabila isu sebenar dikatakan berpunca daripada lelaki itu sendiri.Lelaki nasihat supaya tidak mudah menilai seseorang berdasarkan penampilan.Netizen percaya tuduhan tersebut hanya boleh merosakkan keharmonian rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan tuduhan pihak tertentu kadang-kala bertujuan mahu merosakkan keharmonian sesebuah rumah tangga dengan niat tertentu. "Itu bukan nasi kangkang tapi fitnah yang hanya bertujuan memporak-perandakan dan menimbulkan pertelingkahan di antara suami isteri. "Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kalau tak, awak pun tak tahu dekat diri ada benda tak elok," komen warga maya.