suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat buat baik dengan jiran Rohingya bawa padah, lelaki sampai sanggup belikan peti ais... Netizen syak kena pukau, suruh pergi berubat!

Rakyat Malaysia gemar menghulur bantuan sehingga diambil kesempatan oleh golongan PATI. -Gambar hiasan AI

SIKAP suka membantu jiran sememangnya sifat terpuji kerana dapat mengeratkan hubungan dan mewujudkan suasana harmoni dalam komuniti.

Namun, pertolongan yang diberikan secara berterusan boleh menjadi beban apabila ada pihak mula mengambil kesempatan sehingga melibatkan aspek kewangan.

Begitulah situasi yang berlaku kepada seorang lelaki ini selepas berbuat baik dengan jiran etnik Rohingya yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Kisah tersebut dikongsikan adiknya yang kasihan dan buntu apabila mengetahui abangnya turut membuat hutang demi membantu golongan pelarian tersebut. 

Ramai rakyat Malaysia kurang senang dengan lambakan warga asing di negara ini. -Gambar hiasan AI

Ramai rakyat Malaysia kurang senang dengan lambakan warga asing di negara ini. -Gambar hiasan AI

"Mula-mula borak biasa je, kemudian dia slowly minta tolong... Mula-mula tukar gas kemudian belikan barang.

"Siap simpan makanan dalam peti dan sekarang abang aku siap berhutang dekat e-dagang sebab nak belikan peti sejuk," luahnya di Threads.

Menurutnya, perkara tersebut hanya diketahui selepas dia terdengar jiran abangnya itu meminta dibelikan ikan secara berhutang.

  • Lelaki itu pada mulanya sekadar beramah mesra dengan jiran etnik Rohingya.
  • Jiran berkenaan kemudian semakin kerap meminta bantuan membeli barangan.
  • Lelaki tersebut sanggup berhutang melalui platform e-dagang untuk belikan peti sejuk.
  • Adiknya berang selepas terdengar jiran itu turut meminta ikan secara hutang.
  • Netizen menyarankan keluarga berkenaan mendapatkan bantuan pihak berkuasa dan membawa lelaki itu menjalani rawatan.

Malah katanya, situasi yang berlaku itu membuatkan dia dan abangnya bertekak buat pertama kali.

Meskipun diselubungi rasa geram, namun pengadu turut meluahkan kebimbangan sekiranya tindakan yang bakal diambil akan mencetuskan perselisihan lebih besar.

"Abang mengaku yang dia tak berani menolak sebab tak tahu apa reaksi yang akan diterima," jelasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terseksa satu bas dengan 40 lelaki Rohingya, bau ‘bangkai’ menusuk hidung - “Dari Pasir Putih sampai Machang aku tak bernafas”

ARTIKEL BERKAITAN: Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dan mengandaikan abangnya telah terkena sihir.

Selain meminta abangnya dibawa mendapatkan rawatan perubatan Islam, ramai yang mengesyorkan supaya kewujudan Rohingya terbabit dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Abang kau kena pukau ke? Bawa dia pergi berubat cepat, lain macam betul.

"Duit hutang itu memang tak akan dapat balik, jadi buat laporan dekat pihak berkuasa dan bawa abang pergi berubat," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain