suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Minta sedekah dalam kedai, remaja Rohingya kena ‘hayun’ selepas usik makanan pelanggan - “Aku dah la tengah period”

Kehadiran peminta sedekah boleh menganggu pelanggan sesebuah premis. -Gambar hiasan AI

KEBELAKANGAN ini, ramai rakyat Malaysia tampil berkongsi kisah serta pengalaman mereka berdepan dengan pelarian etnik Rohingya.

Pada Jumaat, seorang lagi wanita berkongsi pengalaman diganggu seorang remaja Rohingya ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran. 

"Tadi masa tengah makan dekat kedai, datang seorang budak remaja Rohingya minta sedekah. Aku cakap tak ada (duit) sambil geleng sebab tengah mengunyah.

Ramai pengguna media sosial tampil berkongsi kisah mereka berdepan dengan peminta sedekah etnik Rohingya. -Gambar hiasan AI

"Dia tak berambus, dia berdiri tegak tepi meja, siap tangan dia pegang penjuru pinggan aku. Dia tarik-tarik baju aku, paksa minta duit.

"Bila aku tepis tangan, dia pula tunding jari dekat muka aku sambil membebel. Aku bangun lepas tu hayun tangan sekuat hati. Settle, puas hati," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, kejadian berkenaan turut disaksikan oleh pengunjung lain yang berada di premis berkenaan.

  • Wanita kongsi kisah berdepan dengan peminta sedekah etnik Rohingya.
  • Dia mendakwa remaja itu datang meminta sedekah di sebuah kedai makan.
  • Wanita itu berang selepas makanannya diusik oleh remaja Rohingya tersebut.
  • Dia akhirnya terpaksa menggunakan kekerasan selepas dicabar remaja berkenaan.

"Aku hilang sabar sebab tangan dia kotor, tak vaksin, merayau, lepas tu usik makanan orang. Memang meminta, aku dah la mood swing tengah period.

"Orang pun dah pandang-pandang. Datang seorang pakcik tu, dia kata terbaik dekat aku. Dia kata mereka ni memang suka datang minta sedekah merata," ujarnya lagi.

Hantaran di aplikasi Threads itu menerima hampir 12,000 tanda suka (likes) dan turut dihujani hampir 1,000 komen.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu baru bersalin dedah perangai buruk wanita Rohingya dalam wad... Paling tak boleh lupa kejadian selisih di tandas!

ARTIKEL BERKAITAN: “Lepas hulur, hati aku rasa rugi” - Kisah penghantar makanan beri RM10 pada budak Rohingya jentik hati ramai

"Main-main lagi dengan orang tengah mood swing masa period, memang cari nahas la.

"Aku pernah kena dalam bas dekat Klang. Dia minta sedekah. Dia marah-marah, dia ikut belakang dan pukul aku.

"Keep it up sis, kita perlukan wanita baran seperti kamu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain