suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tergoda ayat manis pensyarah, mahasiswi terjebak skandal universiti... Paling kejam ‘buang’ teman lelaki saat susah dan senang

Tidak dinafikan ada segelintir individu bersikap materialistik apabila bertemu dengan kenalan yang mempunyai status kewangan lebih stabil. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN di menara gading bukan sahaja menjadi medan menimba ilmu, malah turut membuka ruang kepada perkenalan dengan individu baharu daripada pelbagai latar belakang.

Maka tidak hairanlah ada segelintir penuntut mudah tertarik dengan individu yang mempunyai kedudukan tertentu, termasuk pensyarah yang dianggap sebagai mentor serta sumber inspirasi.

Namun bagi gadis ini, perkenalan dengan seorang pensyarah membawa kepada keputusan yang dikesalinya sehingga ke hari ini.

"Aku tinggalkan lelaki yang betul-betul sayang aku sebab pensyarah aku. Ya, aku tahu bunyinya jijik," tulisnya menerusi satu perkongsian di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah bongkar taktik Gen Z meniru dalam peperiksaan... Selit telefon celah paha, nak cuba nasib buka ChatGPT

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar simpati nasib pensyarah, gigih bagi banyak 'assignment', semua disiapkan guna AI - “Sikit pun tak sukarkan kami”

Menurut gadis itu, segalanya bermula apabila pensyarah berkenaan sering memuji hasil kerjanya dan menyifatkan dia sebagai pelajar yang lebih matang berbanding rakan-rakan lain.

"Aku bodoh sebab rasa special. Lama-lama dia mula chat luar waktu kelas. Tanya aku dah makan ke belum. Tanya aku rindu dia tak.

"Aku ada boyfriend masa tu. Boyfriend aku kerja part time jual offgrid mini untuk bantu aku bayar barang universiti," kongsinya.

Hubungan antara pelajar dengan pensyarah seharusnya kekal profesional untuk mengelakkan sebarang konflik. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun, hubungan sulit itu akhirnya terbongkar apabila teman lelakinya terserempak dengannya ketika keluar dari kenderaan pensyarah berkenaan. 

"Dia tunggu aku habis kelas. Dia percaya apabila aku kata ada consultation dengan lecturer. Sampai satu hari dia nampak aku keluar dari kereta pensyarah tu. Muka dia terus berubah. 

"Dia tak marah. Dia cuma tanya, selama ni aku kalah dengan orang yang sepatutnya ajar kau, bukan sentuh kau? Aku tak ada jawapan," tulis gadis yang menggunakan identiti samaran itu di media sosial.

Dia kini mengakui menyesal kerana terlalu leka dengan perhatian yang diberikan pensyarah berkenaan sehingga gagal menghargai pengorbanan lelaki yang sentiasa berada di sisinya ketika susah dan senang.

  • Seorang gadis berkongsi kisah pernah jalin percintaan dengan pensyarah.
  • Dia ketika itu sudah ada teman lelaki, namun perhatian pensyarah buatkan dirinya leka.
  • Hubungan sulit itu akhirnya terbongkar bila teman lelaki ternampak dia keluar dari kereta pensyarah.
  • Kedua-dua lelaki itu menghilang selepas insiden berkenaan.
  • Gadis tersebut kini menyesal sanggup curangi kekasih demi lelaki lain. 

"Sekarang pensyarah tu pun hilang. Boyfriend aku pun dah pergi.

"Baru aku faham, bukan semua lelaki yang buat kita rasa special tu ikhlas. Ada yang cuma tahu pilih mangsa yang mudah kagum," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya berpendapat apa yang menimpa gadis berkenaan adalah akibat daripada keputusan yang dibuatnya sendiri.

Ramai menyifatkan penyesalan sudah terlewat selepas dia memilih untuk mengkhianati kepercayaan teman lelakinya yang selama ini setia menyokong dan membantunya.

Artikel Lain