DALAM sesebuah perkahwinan, sikap saling membantu dan bertolak ansur sering dianggap antara kunci utama dalam mengukuhkan hubungan suami isteri supaya lebih harmoni.Namun bagi wanita ini, dia berasa kecewa apabila merasakan suaminya tidak mengambil berat mengenai masalah dihadapinya sehingga menyebabkan dia memilih untuk tidak lagi bertegur sapa sejak seminggu lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial, wanita itu bertanyakan pandangan orang ramai sama ada tindakannya tidak bercakap dengan suami serta tidak menyediakan makanan untuk lelaki berkenaan dianggap berdosa."Kereta saya rosak dan suruh suami tolong baiki guna duit saya bagi tapi dah sebulan kereta saya dia 'sidaikan'. Masalah melibatkan kewangan sering menjadi punca tercetusnya konflik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan"Alasannya kos baiki kereta saya lebih daripada bajet yang saya bagi. Dia suruh minta dengan keluarga saya tolong untuk baiki kereta saya yang rosak tu."Saya jadi baran dah seminggu saya tak bercakap dengan suami fasal kereta tu," cerita wanita itu menerusi hantaran di Threads.Apa membuatkan wanita itu lebih terkilan apabila dia terlihat notifikasi pada telefon suaminya, menunjukkan lelaki tersebut mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).Dakwanya lagi, wang itu digunakan untuk menukar rim serta mencantikkan kereta milik suaminya sendiri, sedangkan kereta digunakan untuk urusan keluarga mereka masih dibiarkan rosak.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedih duit STR bakal ‘dirampas’, suami gaji RM4,000 minta bahagi dua! - “Saya mohon untuk suri rumah”ARTIKEL BERKAITAN: Tanggung 80 peratus belanja rumah, kena bayar suami duit minyak sebab hantar ke ofis... Hulur RM30 dicop kedekut!"Padahal kereta rosak tu la saya guna untuk beli barang anak, belanja rumah, ke klinik dan bawa anak tapi dia jenis berkira dengan saya."Kereta saya rosak dan dia cakap tempat tangki coolant tu tersumbat dan kos untuk baiki, anggaran dalam RM900," ujarnya yang ragu-ragu dengan alasan suami.Luahan wanita itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan situasi yang dialaminya selaim menyarankan untuk pengadu mendapatkan semula duit tersebut."Daripada perkara kereta ini saja dah nampak awak bukan keutamaan dia. Esok tak tahu apa lagi perangai yang dia buat dekat awak.Kereta rosak lebih sebulan, isteri kecewa suami belum baiki.Wanita dakwa sudah beri wang untuk kos pembaikan.Suami didakwa guna wang KWSP untuk cantikkan kereta sendiri.Kereta berkenaan digunakan untuk urusan anak dan keluarga.Perselisihan itu menyebabkan mereka tidak bertegur sapa selama seminggu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Move on sis, awak ada duit boleh tanggung sendiri. Baik jadi janda daripada hidup dengan suami tapi rasa macam hidup solo."Minta semula duit yang awak bagi tu. Tak guna betul jadi suami. Entah-entah tak ada dah duit tu kan sebenarnya," komen sebahagian netizen.Menjawab komen tersebut, wanita itu memaklumkan dia sudah meminta semula wang berkenaan dan mendakwa suaminya meletakkan wang itu di atas meja soleknya pada keesokan pagi."Saya cakap biar saya pergi baiki sendiri, lepas itu dia cakap kalau ada masalah tengah jalan jangan susahkan dia pula," ujarnya yang tersinggung dengan respon tersebut.