suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Duit satu sen pun tak dapat” - Warga emas putih mata RM4 juta lesap ditipu peguam sendiri, diperdaya urusan jual beli tanah

Warga emas sering menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan AI

PENJUALAN aset seperti tanah dan kediaman pastinya akan memberi pulangan besar kepada pemiliknya.

Bagi kebanyakan warga emas, menjual harta yang dimiliki dapat membantu kelangsungan hidup mereka selain untuk tujuan agihan kepada waris.

Melakukan perkara sama, wanita warga emas ini tidak menyangka tanah yang dijual tidak memberi pulangan seperti diimpikan.

Kisah pilu itu dikongsikan anak saudaranya yang kasihan dengan nasib dialami selepas dia dipercayai ditipu oleh peguam menguruskan proses jual beli tanah tersebut.

"Makcik jual tanah, peguam yang uruskan proses jual beli itu tipu dia, duit jualan tanah itu dia tak dapat walau satu sen," adunya di Threads.

Pemilik perlu mendapatkan salinan SNP daripada peguam bagi urusan jual beli tanah atau kediaman. -Gambar hiasan

Pemilik perlu mendapatkan salinan SNP daripada peguam bagi urusan jual beli tanah atau kediaman. -Gambar hiasan

Mendedahkan situasi yang berlaku, dia turut meluahkan kebimbangan mengenai profesion yang dianggap sebagai pemegang amanah, namun melakukan perkara sebaliknya.

Tambahan pula, jumlah kerugian dialami ibu saudaranya bukan sedikit tetapi sebanyak RM4 juta.

"Macam mana nak percaya peguam lagi? Sekarang dia senang-senang buka firm lain, tak rasa bersalah langsung," adunya yang kecewa dengan tindakan tidak profesional individu terbabit.

Menurut wanita ini, ibu saudaranya telah membuat laporan polis dan aduan di Badan Peguam Malaysia.

  • Warga emas didakwa tidak menerima wang hasil jualan tanah bernilai RM4 juta yang diuruskan seorang peguam.
  • Mangsa menandatangani perjanjian jual beli (SNP) pada 2022 tetapi tidak diberikan salinan dokumen.
  • Nama pemilik tanah bertukar pada 2023, namun mangsa masih tidak menerima sebarang bayaran termasuk deposit.
  • Laporan polis, aduan kepada Badan Peguam Malaysia dan saman telah dibuat, kes kini menunggu perbicaraan.

Malah katanya, saman juga telah dihantar berhubung tuntutan hasil penjualan tanah berkenaan dan kini sedang menunggu proses perbicaraan.

"Tandatangan SNP (surat perjanjian jual beli) macam biasa tapi peguam tak bagi salinan pada makcik. Dia pun tak tanya sebab tak tahu apa-apa, deposit pun tak dapat sedangkan tandatangan pada 2022.

"2023 nama dah ditukar milik, apabila makcik minta duit, peguam itu bagi macam-macam alasan sampailah 2024," jelasnya memperincikan situasi yang berlaku.

Tambahnya, susulan tidak mendapat maklum balas baik daripada individu tersebut, ibu saudaranya mendapatkan pandangan daripada peguam lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terpaksa jual tanah pusaka, kalah kes saman fitnah ‘penyondol’ hamil anak bekas suami... RM200,000 hilang sekelip mata!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 14 tahun beli, wanita baru sedar rupanya rumah adalah liabiliti... Terpaksa jual semula demi kelangsungan hidup

Bagaimanapun, selepas surat saman dihantar, individu tersebut didakwa menutup pejabatnya yang terletak di Lembah Klang dan membuka di kawasan baharu.

Hantaran tersebut mengundang perhatian netizen selain beberapa orang peguam terkenal yang cuba memberi bantuan guaman.

"Geramnya peguam yang berlagak apabila kita tanya mengenai proses ke apa, jadi kita takut pula nak tanya.

"Macam mana urusan nama dilakukan? Duit tak dapat ke walau deposit? Banyak tu RM4 juta," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain