SETIAP pasangan yang baru menimang cahaya mata pastinya berdepan pelbagai cabaran, termasuk perubahan rutin harian, komitmen menjaga anak dan proses pemulihan si ibu.Bagi sesetengah wanita, tempoh pemulihan boleh mengambil masa yang lama, terutama jika mengalami komplikasi atau kecederaan serius ketika melahirkan anak. Dalam satu perkongsian, seorang lelaki menceritakan bagaimana kehidupan seks bersama isterinya berubah selepas mereka menimang cahaya mata kira-kira setahun lalu.Setiap wanita melalui proses pemulihan yang tidak sama selepas mereka melahirkan anak. -Gambar hiasan AI"Sejak isteri aku melahirkan anak setahun lepas, macam dua kali je dalam setahun ni kami melakukan hubungan intim. Isteri aku masih dalam proses pemulihan."Masa bersalin tu dia alami koyakan yang serius. Dua kali kami bersama tu pun sekejap saja dan terus berhenti sebab isteri rasa sakit."Dia kata macam kena potong dengan pisau. Bagi aku okey saja, bagi bini sihat dulu. Aku pula sibukkan diri dengan kerja dan hobi. Tak terfikir nak makan luar," ujarnya.Seorang suami tular selepas berkongsi kisah mengenai isterinya.Mereka hanya melakukan hubungan intim dua kali sejak setahun lalu.Ia berikutan isterinya masih sakit gara-gara koyakan ketika bersalin.Ramai netizen memuji lelaki itu yang sabar menanti isterinya sihat.Ringkasan ini dijana oleh AIPemuda itu membuat perkongsian kisah berkenaan menerusi aplikasi Threads.Majoriti pelayar Threads turut memuji pemuda itu kerana sanggup mengorbankan nafsunya demi kesihatan isterinya."Salute kat abang sebab faham kesakitan isteri beranak. Hubungan intim tak boleh paksa.ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin ini kifarah kami” - Kisah benar pasangan suami isteri dihimpit dosa lampau, terus hilang ‘spark’ di bilik tidurARTIKEL BERKAITAN: “Dah macam langgan pelacur” – Maruah lelaki macam dipijak, isteri minta duit setiap kali diajak bersama"Bertuahnya isteri dapat suami yang memahami macam ni," tulis netizen.Ada juga netizen yang memberi saranan kepada lelaki itu untuk membawa isterinya berjumpa pakar berkaitan."Setahun lepas beranak patutnya dah pulih sepenuhnya. Kalau isteri masih sakit, cuba jumpa doktor, takut ada masalah," ujar netizen lagi.