PERUBAHAN tingkah laku seorang suami pastinya mengundang keresahan di jiwa isteri, terutama apabila ia mula menyentuh aspek hubungan intim yang menjadi tiang kemesraan dalam rumah tangga.Menurut seorang wanita, hidupnya kini suram apabila suaminya seolah-olah tiada nafsu setiap kali diajak untuk bersama. Lebih menyedihkan, wanita ini menganggap situasi dingin yang melanda bilik tidur mereka sekarang sebagai satu bentuk kifarah atas kesilapan masa lalu mereka yang pernah terlanjur sebelum sah mendirikan rumah tangga.Suami isteri perlu saling toleransi agar rumah tangga sentiasa bahagia. -Gambar hiasan AI"Sekarang suami dah tak bernafsu dengan saya macam dulu. Selalu saya yang kena mulakan dulu, baru dia nak. Pernah dua ke tiga bulan kami tak bersama."Pernah slow talk dengan suami. Dia kata mungkin ini kifarah sebab kami pernah buat seks sebelum kahwin. Jadi kemanisan atau spark tu dah hilang," luahnya.Tambahnya lagi, dia kini hanya mampu bersabar menjalani kehidupan rumah tangga dan terpaksa bertahan demi anaknya.Seorang wanita menganggap dirinya sedang menerima kifarah atas dosa lampau.Menurut wanita itu, dia dan suaminya pernah terlanjur sebelum mereka berkahwin.Dia kini tersiksa kerana suaminya tiada nafsu setiap kali diajak untuk bersama.Netizen beri nasihat agar wanita itu dan suaminya bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah.Ringkasan ini dijana oleh AILuahan hati wanita itu dikongsi menerusi aplikasi Threads sehingga ia tular dan dihujani hampir 300 komen netizen.Di ruangan komen, seorang lagi wanita berkata dia dan pasangannya turut berdepan masalah sama selepas mendirikan rumah tangga."Saya pernah buat hubungan seks dengan suami lima bulan sebelum kahwin. Hubungan kami jadi tak baik. Susah dapat anak, hutang sana sini.ARTIKEL BERKAITAN: Borak seks dengan suami, kemudian kongsi di media sosial... Wanita dianggap IQ rendah, tindakan nampak bodohARTIKEL BERKAITAN: Isteri dah muak goda suami umur 40-an, buat aksi ghairah pun tiada reaksi - “Dia kata yang halal bosan!”"Mental pun tertekan. Kami juga alami masalah batin. Susah sangat suami isteri nak bersama. Akhirnya kami bertaubat. Sekarang dah okey, cuma belum ada zuriat," kongsi individu itu pula.Rata-rata netizen yang lain turut menasihati wanita itu agar dia dan suaminya bertaubat bersungguh-sungguh atas dosa lampau mereka.Sebagai peringatan, perbuatan zina adalah dosa besar dan semua umat Islam perlu menjauhinya.