FADHILAT bersedekah pada hari Jumaat mendorong ramai pekerja mengambil peluang membawa aneka kuih muih dan makanan ringan ke pejabat untuk rakan sekerja.Turut melakukan perkara sama, seorang wanita berkongsi amalan dan rutin yang dilakukannya setiap Jumaat demi mengejar keberkatan hari yang mulia itu.Tambahan pula wanita itu mengakui dia memang gemar memasak dan suka melihat orang lain menikmati air tangannya. "Aku suka masak dan berkongsi makanan, kerap bawa ke pejabat dengan niat nak bagi orang makan sambil ambil keberkatan hari Jumaat. Roti buat sendiri, scones, muffin dan sandwich macam tu," luahnya di Thread.Amalan bersedekah makanan setiap Jumaat adalah perkara biasa. -Gambar hiasan AINamun malangnya, amalan murni wanita ini rupanya tidak disenangi oleh segelintir individu sehingga dia terpaksa berdepan dengan teguran yang agak sinis.Terkesima dengan kata-kata yang dilemparkan, dia akhirnya mengambil keputusan drastik untuk berhenti terus daripada berkongsi makanan dengan rakan pejabat.Lebih menggores hati apabila individu terbabit turut meninggalkan wang di atas mejanya, seolah-olah mahu membayar makanan yang diberikan secara percuma itu."Aku berhenti bawa makanan lepas ada seorang perempuan ni tanya berapa harga dan tinggalkan duit atas meja aku."Dia siap cakap kuat-kuat... I bayar ye atau nak bagi food sample ke?" adunya sambil mengulangi tingkah laku individu tersebut.Wanita suka bawa makanan ke pejabat setiap Jumaat.Rakan sekerja sering sindir dan tanya harga makanan.Siap tinggalkan duit atas meja sebagai "bayaran".Wanita terasa hati lalu berhenti berkongsi makanan.Kembali bawa makanan selepas individu itu dibuang kerja.Ringkasan ini dijana oleh AITambah wanita ini, majoriti rakan sekerjanya yang bukan beragama Islam langsung tidak pernah mempersoalkan niat baiknya berkongsi makanan.Malah mereka sering menikmati makanan yang dibawa dan berkongsi minuman bersama.Bagaimanapun, suasana toksik itu tidak berpanjangan.Dia kembali meneruskan amalan tersebut selepas individu yang gemar menyindirnya itu ditamatkan perkhidmatan atas faktor prestasi kerja yang tidak memuaskan.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita jaga ‘ikhtilat’ dikutuk enggan keluar makan dengan lelaki ‘ajnabi’ - “Tak rilaks, bukan kita menggatal pun!”ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja ‘on recording’ sebab rasa tak sedap hati... Wanita akhirnya terkilan dengar rakan sekerja hipokrit maki belakang"Memang malu dan sakit hati dengan kata-kata dia. Tapi lepas dia kena buang kerja, aku sambung balik bawa makanan ke pejabat," tambahnya.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ramai berpendapat sikap suka berkongsi makanan tidak seharusnya dipandang serong kerana ia merupakan amalan yang mampu mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja."Jangan berhenti memberi sebab apa yang awak buat tu bagus, rakan-rakan yang lain mesti suka."Memang ada yang perangai macam tu di pejabat, tapi kalau saya jadi awak, saya akan buat bekas dan bagi pada semua orang kecuali dia," demikian reaksi netizen.