suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Pah kijo mu sapa nak wak” - Wanita meletup lepas 5 tahun dipulau, geram rakan sekerja sakan perli ambil cuti kahwin seminggu

Elakkan menjadi mangsa buli di tempat kerja. -Gambar hiasan AI

KESABARAN seorang wanita berdepan layanan tidak menyenangkan di tempat kerja selama lima tahun akhirnya menipis apabila permohonan cuti untuk berkahwin menjadi bahan sindiran.

Menerusi luahan di media sosial, wanita yang bekerja dalam bidang sumber manusia (HR) itu mendakwa selama ini dia memilih untuk berdiam diri namun merasakan kali ini dia perlu mempertahankan maruah diri.

"Suasana kerja yang toksik. Kerja dikelilingi rakyat di sebuah negeri yang berpuak. Aku malas nak sebut nama negeri, faham-faham sendiri.

"Mereka conquer pantri sampai aku terpaksa makan di ruang meja kerja. Puncanya, mula dulu aku tak buat kerja salah seorang puak mereka.

"Esoknya dia tanya dah siap ke kerja yang saya suruh buat. Saya jawab maaf kak saya tak buat lagi sebab bukan skop kerja saya.

Sikap sesetengah rakan sekerja boleh menjadikan suasana toksik. -Gambar hiasan AI

"Lepas itu dia pandang dengan pandangan tajam. Ambil kertas tu dan hempas atas meja dia. Sejak itu bermulanya saya dipalau," ceritanya.

Dakwanya, tindakan itu menyebabkan hubungan mereka menjadi dingin sehingga dia berasa dipulau sejak itu.

Keadaan bertambah tegang apabila wanita berkenaan memohon cuti selama seminggu bagi menguruskan perkahwinannya yang berlangsung Julai depan.

Disebabkan itu, beberapa rakan sepejabat mengeluarkan kenyataan berbaur sindiran mengenai tempoh cuti dipohon sehingga membuatkan dia berasa terhina.

"Salah seorang daripada mereka sengaja cakap kuat-kuat dengan 'bahasa' mereka sebab aku faham serba sedikit. Ayatnya berbunyi amboi nikah je sampai seminggu bercuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Serah notis berhenti 24 jam selepas ‘sedap’ cuti 98 hari... Wanita bengang rakan sekerja baru habis ‘maternity leave’ penting diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa sembang okey, waktu rehat kena tinggal!” – Pekerja baharu sedih rakan ofis keluar tak ajak, buntu cari kedai makan

"Sampuk yang seorang lagi, aih nak sedap-sedap lama la sikit cuti. Dengan ayat itu saya rasa terhina. Saya bangun dan terus bersuara. Selama ini apa benda anda semua buat atau cakap, sikit pun aku tak kisah.

"Tapi hari ini aku kisah sebab dah mainkan maruah. Aku mohon cuti kahwin bukan saja-saja. Tak kan nak ambil cuti sehari atau dua hari je," ceritanya lagi.

Lebih mengecewakan apabila mendengar jawapan balas salah seorang pekerja tersebut seolah-olah membalas mahu membalas dendam kepadanya.

"Salah seorang tu bersuara pah kijo mu sapa nak wak (habis tu kerja awak siapa nak buat). Aku terus jerit tak nak buat tak apa, ingat aku hadap dengan tenaga anda semua. Aku cuti ni pun siap semua kerja aku.

"Selama ini aku cuti pernah ke aku kerah tenaga semua orang macam anda semua buat dekat aku? Anda semua tahu tak apa bos mesej aku, merungut pasal anda semua.

  • Lima tahun memendam rasa, wanita akhirnya bersuara.
  • Cuti kahwin disindir, wanita dedah budaya kerja toksik.
  • Dakwa dipulau rakan sekerja selama lebih lima tahun.
  • Wanita hilang sabar selepas maruah dipermainkan di pejabat.
  • Mesyuarat tergempar diadakan selepas dakwaan buli terbongkar.

"Terus aku blah dari ofis dan mesej bos cakap minta maaf hari ini terpaksa ambil cuti separuh hari sebab tekanan emosi selepas lima tahun bersabar," jelasnya lagi.

Bagaimanapun, wanita itu berkata perkara berkenaan mendapat perhatian pihak pengurusan apabila majikannya mengadakan perjumpaan khas bagi membolehkan semua pihak meluahkan pandangan masing-masing.

Hasil pertemuan itu, individu yang terlibat diminta membuat permohonan maaf selepas dia mendedahkan dakwaan dirinya menjadi mangsa buli di tempat kerja selama lebih lima tahun.

"Akhirnya mereka diminta memohon maaf sebab saya sudah lima tahun dibuli. Kalau tak disebabkan saya perlu menanggung adik-adik yang sedang belajar, mungkin saya sudah lama berhenti kerja," luahnya.

Artikel Lain