suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serah notis berhenti 24 jam selepas ‘sedap’ cuti 98 hari... Wanita bengang rakan sekerja baru habis ‘maternity leave’ penting diri

Rakan sekerja akan menerima bebanan tugas apabila terdapat pekerja yang meletakkan jawatan dengan notis 24 jam. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa kurang senang dengan sikap seorang rakan sekerjanya yang bertindak meletakkan jawatan serta-merta sejurus selepas tamat tempoh cuti bersalin (maternity leave).

Malah, dia turut menyifatkan bahawa tindakan individu tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan kurang adab.

Lebih menambah rasa terkilan apabila dia mendedahkan alasan peletakan jawatan mengejut itu hanyalah disebabkan anaknya yang baru berusia tiga bulan tidak boleh minum menggunakan botol susu.

"Paling biadab apabila dah ambil maternity leave 98 hari tapi sehari sebelum masuk kerja semula dia bagi notis (berhenti kerja) 24 jam. Alasannya, anak tak boleh minum guna botol susu," luahnya di Thread.

Kebanyakan wanita bekerjaya berhenti kerja selepas cuti bersalin kerana anak 'high demand'. -Gambar hiasan AI

Kebanyakan wanita berkerjaya berhenti kerja selepas cuti bersalin kerana anak 'high demand'. -Gambar hiasan AI

Bagi wanita ini, seorang ibu yang berkerjaya sepatutnya sudah membuat persediaan awal untuk 'meninggalkan' anak kepada pengasuh atau taska kerana tempoh cuti bersalin yang diberikan adalah tiga bulan.

Malah katanya, tempoh tersebut sudah lebih daripada memadai untuk melatih anak membiasakan diri dengan susu botol, sekali gus membolehkan si ibu membuat keputusan awal sekiranya mahu berhenti kerja.

"Kalau dari awal dah tahu anak tak boleh minum susu botol, sediakan notis (berhenti kerja) enam minggu seperti yang ditetapkan syarikat untuk mereka yang cuti bersalin.

"Bukannya orang hairan cuti 98 hari tapi persoalannya kenapa beri notis 24 jam sebelum naik kerja seolah-olah tiada common sense," tambahnya lagi.

  • Wanita kesal rakan sekerja berhenti sehari sebelum tamat cuti bersalin.
  • Dakwa alasan anak tak mahu botol susu sudah boleh dijangka awal.
  • Pertikai tindakan beri notis 24 jam selepas cuti 98 hari.
  • Katanya staf lain terpaksa tanggung beban kerja dan susun semula tugas.
  • Netizen berbelah bahagi, ada bela ibu tersebut, ada anggap tak bertanggungjawab.

Menyedari dia mungkin dianggap cuba 'membela' majikan, wanita ini kemudiannya menegaskan bahawa luahannya itu lebih kepada mempertahankan nasib rakan sekerja lain yang terpaksa menanggung beban kerja akibat tindakan mengejut tersebut.

Jelasnya lagi, isu tuntutan undang-undang adalah urusan individu terbabit dengan syarikat, namun impak pelan kontingensi yang gagal menyusahkan rakan sekerja yang lain.

"Memang syarikat yang bayar gaji, tapi staf yang tolong cover kerja dia sepanjang 98 hari tu... memang (syarikat) akan buat tuntutan perundangan sebab dia patut bagi notis enam minggu, itu masalah dia dengan syarikat.

"Saya marah sebab semua staf kena atur balik kerja masing-masing buat sementara waktu sehingga dapat pengganti dia.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Resign’ lepas cuti bersalin, wanita teruk dimaki! Bos haramkan bonus dan gaji, ‘ditahan’ selagi tak dapat pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Buat aduan lepas ‘resign’, wanita menang kes cuti bersalin tak ikut akta! Majikan rasa teraniaya diarah bayar pampasan

"Sedangkan kalau dia beritahu awal, dalam tempoh 98 hari tu kita boleh cari orang baharu dan boleh handover kerja dengan elok," ulasnya sambil memperincikan situasi sebenar di pejabat.

Luahan jujur itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ramai yang berpihak kepada pekerja wanita berkenaan dengan alasan seorang ibu berhak mengutamakan anak berbanding kerjaya.

Namun tidak kurang juga yang beranggapan tindakannya itu sebagai bentuk penganiayaan kepada rakan sekerja serta majikan.

"Tak ada yang fikir untuk syarikat sebab tindakan dia dikira menganiaya syarikat sedangkan dia patut beri notis awal.

"Dia macam sengaja nak gaji masuk masa cuti bersalin,  lepas tu baru letak jawatan.

"Sangat tidak bertanggungjawab apabila beri notis berhenti kerja 24 jam sehari sebelum masuk bertugas semula," demikian antara reaksi netizen.

Reaksi warga maya.

Reaksi warga maya.

Untuk pengetahuan bersama, Seksyen 12 Akta Kerja 1955 membenarkan notis penamatan diberi pada bila-bila masa sepanjang tempoh perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, terdapat satu keadaan notis penamatan tidak boleh diberi di dalam akta iaitu semasa pekerja cuti bersalin dan dalam tempoh 98 hari selepas cuti bersalin tamat yang mana ia tertakluk kepada majikan.

Namun pekerja yang berada dalam cuti bersalin boleh meletakkan jawatan dan memberi notis serta layak menerima 'elaun' bersalin.

Artikel Lain