suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ingat aku kawan kau?” - Pegawai HR ‘terpaling korporat’ berang calon pelatih industri balas e-mel hanya panggil nama

Calon pelatih industri pasti berasa kecewa apabila permohonan mereka ditolak. -Gambar hiasan AI

ADAB dan etika ketika melakukan urusan rasmi merupakan kriteria utama yang perlu diberi perhatian serius, terutamanya apabila ia melibatkan permohonan pekerjaan atau latihan industri.

Di Thread, seorang pegawai sumber manusia (HR) mendedahkan sikap calon pelatih industri (internship) yang dianggap tidak menjaga bahasa ketika berkomunikasi dengannya menerusi e-mel.

Dakwanya, individu tersebut langsung tidak menggunakan format salutasi yang rasmi ketika membalas e-mel, sekali gus membuatkan dia berasa kecewa.

"Tolong jaga bahasa walaupun dalam e-mel, aku panggil 'Dear Ms' tapi kau balas panggil nama je. Kau ingat aku kawan-kawan kau?

Calon pelatih industri pasti berasa kecewa apabila permohonan mereka ditolak. -Gambar hiasan AI

Calon pelatih industri pasti berasa kecewa apabila permohonan mereka ditolak. -Gambar hiasan AI

"Sudahlah minta internship dekat pejabat, bahasa tu tolonglah jaga," luahnya yang kesal dengan sikap segelintir generasi muda yang seolah-olah tidak tahu cara berurusan secara profesional.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mengandaikan bahawa pelajar terbabit menggunakan bantuan kecerdasan buatan (ChatGPT) secara 100 peratus ketika menulis e-mel balas berkaitan penukaran nombor telefon.

Malah, pengadu turut mempertikaikan sama ada sesi pembelajaran dan pengajaran (PnP) di sekolah masa kini ada menyediakan subjek khusus yang mengajar tentang cara untuk menulis e-mel rasmi atau sebaliknya.

  • Pegawai HR tegur calon intern tak guna bahasa formal dalam emel.
  • Dakwa pelajar balas emel dengan panggil nama sahaja.
  • Persoal sama ada pelajar terlalu bergantung pada ChatGPT.
  • Turut tanya kenapa sekolah tak ajar etika emel rasmi.
  • Netizen pula kata panggil nama biasa dalam dunia korporat dan MNC.

"Masa sekolah dulu, cikgu tak ajar ke cara buat e-mel formal dan tidak formal?" ajunya geram sambil turut berkongsi tangkap layar e-mel yang diterima daripada individu tersebut.

Bagaimanapun hantaran yang dibuat oleh pegawai HR itu mengundang padah apabila dia pula yang dibidas warga maya.

Kebanyakan netizen menyatakan bahawa penggunaan salutasi formal yang terlalu rigid sebenarnya tidak lagi diwajibkan dalam budaya kerja moden, meskipun dalam urusan rasmi.

Malah, rata-ratanya turut berkongsi pengalaman sebenar mereka ketika berkhidmat di luar negara dan di beberapa syarikat multinasional (MNC) terkemuka di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahasiswa dakwa dianiaya penyelia latihan industri... ‘Kesalahan’ kurang makan bersama rakan satu unit punca dapat CGPA 3.49

ARTIKEL BERKAITAN: Padah ajak suami orang keluar, perangai gatal ‘intern’ perempuan dilapor kepada HR!

"Dalam dunia korporat, memang perkara biasa memanggil orang dengan nama pertama berbanding menggunakan panggilan rasmi setiap masa.

"Bekerja dengan MNC, semalam e-mel pada 11 orang individu di Eropah, aku panggil nama mereka je tanpa salutasi... elok je mereka balas.

"Profesor dekat luar negara selamba je panggil nama, tak perlu sebut doktor atau profesor pun," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain