Menjalani latihan industri di syarikat gergasi adalah peluang terbaik buat pelajar tahun akhir. -Gambar hiasan AI
BAGI kebanyakan pelajar tahun akhir di institusi pengajian tinggi, syarikat besar dan terkenal adalah pilihan utama untuk menghantar permohonan melakukan latihan industri (LI).Begitulah yang dilakukan gadis ini apabila dia mengharapkan permohonan untuk menjalani latihan industri di sebuah syarikat teknologi terkemuka akan berjaya. "Lepas buat semakan, check glassdoor apa semua, tempat ni lebih baik daripada syarikat yang dah tawarkan aku internship."Aku kirim doa sampai ke Makkah kerana nak sangat syarikat ni," ujarnya di Thread.Kebanyakan pelajar praktikal berharap mempunyai peluang untuk diserap sebagai kakitangan. -Gambar hiasan AINamun setelah diterima masuk sebagai pelajar latihan industri, gadis itu akhirnya menyedari bahawa syarikat itu tidaklah sebagus yang disangka.Lebih menghampakan apabila isu kecil seperti kurang meluangkan masa untuk makan tengah hari bersama rakan sekerja daripada unit yang sama menjejaskan prestasinya."Akhirnya aku berjaya habiskan latihan industri pada Januari lalu. Tibalah masa keputusan keluar. "CGPA akhir (sebelum latihan industri) aku 3.5, dah first class degree sebab Universiti Teknologi MARA (UiTM) tapi apabila keluar keputusan internship, CGPA aku jadi 3.49."Aku hubungi advisor dan pensyarah untuk tanya kenapa markah rendah... turn out, supervisor tempat latihan yang bagi markah rendah," luahnya yang terkilan dengan profesionalisma kerja penyelia terbabit.Lebih menambah rasa sedih apabila harapannya untuk menukar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada biasiswa, tidak kesampaian. Pelajar harap internship di syarikat besar, siap doa nak sangat masuk.Dakwa realiti tak seindah reviu, kerja banyak dan tekanan tinggi.Markah LI rendah sebab jarang lunch bersama rakan sekerja.CGPA jatuh 3.49, gagal capai syarat tukar PTPTN ke biasiswa.Netizen gesa dedah syarikat, kongsi reviu elak mangsa lain.Ringkasan ini dijana oleh AIMengimbau semula episod ketika melakukan latihan industri bersama syarikat tersebut, pengadu berkata dia sentiasa menuruti arahan ketua dan senior terutama membabitkan hal kerja."Aku dikerah itu ini dan kena marah. Partner intern aku buat kerja cincai, aku yang kena cover."Masa lunch, kebanyakan waktu aku makan dengan unit lain sebab kadang-kadang mereka tak siap lagi kerja. Tapi tak adalah sampai tak makan terus, ada je banyak kali."Apa sahaja yang disuruh, aku ikut tanpa membantah dan semua kerja siap tepat pada masanya," adunya yang turut pernah diminta bekerja pada hujung minggu.Tambah pengadu, sebelum menamatkan latihan dia ada bersemuka dengan penyelia untuk bertanya tentang prestasi atau nasihat untuk kegunaan masa depan.Namun jawapan yang diterima cukup mengejutkan.ARTIKEL BERKAITAN: “Batuk, selesema saya boleh berjangkit” - Sebulan pelajar latihan industri tak datang kerja... Alasan tak sihat, rumah terlibat banjirARTIKEL BERKAITAN: Puas hati dapat 'lawan' bos sebab hina famili! Pelajar IPT kini dibuang latihan industri, takut nak beritahu penyelaras"Masa exit interview aku tanya dia apa nasihat yang boleh diperbaiki. Tapi masa tu dia jawab tiada apa kerana tidak terima aduan berkaitan kerja. "Tapi dia ada bangkitkan ni... cuma saya nak tegur tentang soal bonding. Awak selalu makan dengan unit lain. Sepatutnya kena banyak habiskan masa dengan unit sendiri," cerita gadis itu lagi.Luahannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia memberikan maklum balas syarikat di aplikasi berkaitan pekerjaan."Kongsikan nama syarikat tu, bimbang termasuk pula."Tolong bantu orang lain dengan letakkan reviu pasal syarikat tu dekat semua tempat, harap tak ada mangsa lain," demikian reaksi netizen.