suria

Rasa tak berbaloi keluar duit untuk halalkan wanita, pemuda anggap merugikan - “Tiap bulan kena tanggung makan minum dia”

Pengantin perlu membuat persediaan kewangan menjelang hari bahagia mereka. -Gambar hiasan AI

SEORANG pemuda 'diserang' dengan komen kecaman netizen selepas berkongsi pandangan kontroversinya tentang perbelanjaan untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut pemuda itu, dia menganggap ia sebagai satu kerugian memandangkan banyak lagi kos yang perlu ditanggung oleh suami sepanjang perkahwinan.

"Kamu semua tak rasa bodoh ke? Bayar mahal-mahal untuk kahwin, lepas tu tiap bulan kena tanggung makan minum dia lagi?

Masalah kewangan juga boleh menjadi punca konflik antara suami isteri. -Gambar hiasan AI

"Silap-silap kau pula kena jadi tukang masak isteri. Lepas tu kena dengar segala keluhan. Dengan emosi dia lagi. Aku rasa macam bodoh je," tulisnya.

Seorang lagi pemuda turut berkongsi pandangan sama di ruangan komen.

"Untuk zaman sekarang, sukar nak cari perempuan yang tak berkira susah senang. Sangat tak berbaloi. Apabila lelaki mampu provide, dia datang macam parasit.

  • Seorang pemuda anggap tak berbaloi keluar duit untuk kahwin.
  • Dia berkata ramai lelaki jadi hamba isteri selepas bergelar suami.
  • Seorang lagi pemuda berkata wanita akan tinggalkan suami apabila dilanda kesusahan.
  • Ramai netizen menyelar kenyataan dangkal lelaki itu yang seolah-olah memburukkan wanita.

"Waktu jatuh, dia boleh tinggal lelaki tu. Jadi lelaki kena betul-betul pilih pasangan hidup," tulis pemuda itu pula.

Namun, rata-rata pelayar Thread khususnya wanita meluahkan rasa bengang terhadap kenyataan dua pemuda berkenaan.

"Kau tak nak kahwin, itu kau punya pasal. Kau jangan nak sebar kebencian kau terhadap perkahwinan kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”

ARTIKEL BERKAITAN: Wang hantaran RM12,000 ‘hangus’ bina rumah singgah, wanita bengang majlis kahwin ala kadar... Sekarang baru faham keputusan bapa

"Tak semua orang layak kahwin. Kau adalah salah seorang yang tak layak. Tujuan kahwin pun tak tahu.

"Kalau lelaki berfikir macam ni, saya rasa dia tak boleh kahwin sebab akan menzalimi isteri," tulis netizen.

Artikel Lain