suria

Bapa saudara kena scam umrah RM180,000... Wanita terkenang kisah ibu dihina orang sama lepas minta bayar hutang arwah bapa

Hutang adalah amanah wajib yang perlu dilunaskan tidak kira jika pemiutang sudah meninggal dunia. -Gambar hiasan AI

MENGUTIP hutang adalah sesuatu yang tidak mudah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ahli keluarga sendiri.

Seorang wanita berkongsi pengalaman dilaluinya sejak kecil apabila ibunya berusaha menuntut semula wang yang dipinjamkan oleh arwah bapanya kepada saudara terdekat.

Namun, usaha ibunya itu berdepan layanan yang mengecewakan dan lebih buruk lagi mereka turut dihina.

Seorang wanita memerlukan sokongan selepas kematian suami. -Gambar hiasan AI

Seorang wanita memerlukan sokongan selepas kematian suami. -Gambar hiasan AI

"Masa ayah aku meninggal tahun 2004, mak cuba tuntut hutang dekat saudara sendiri. Jumlahnya dalam RM18,000. Bukan setakat tak bayar, siap cakap bukan-bukan pasal mak aku.

"Hutang tu dari tahun 1999 lagi, zaman krisis ekonomi dulu. Tahu apa alasan mereka? Hutang tu dengan suami kau, kenapa nak bayar dekat kau pula?," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda bagi pinjam RM2,500, buntu kawan maut kemalangan belum bayar hutang... Tak tergamak minta pada balu baru lepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Pemungut hutang ‘spam call’ majikan, ugut penghutang sampai ke tempat kerja? Jangan takut, Malaysia ada undang-undang

Ketika itu, dia masih di bangku sekolah rendah dan yang jelas, hubungan dengan keluarga sebelah bapanya mula renggang sehingga akhirnya terputus.

"Akhirnya kami pun terpaksa keluar dari rumah pusaka arwah atuk nenek sebab katanya kami tak ada hak. Sakit tu memang tak boleh lupa.

"Bertahun-tahun kami hidup sendiri, saling kuatkan antara satu sama lain. Mak aku struggle cari rezeki sendiri, besarkan kami adik-beradik tanpa harap bantuan pihak sana," katanya.

Selepas berpuluh tahun berlalu, wanita itu mendapat tahu individu yang sama berhutang dengan arwah bapanya kehilangan wang dalam jumlah besar.

"Pakcik tu hilang duit RM180,000 masa nak daftar umrah satu keluarga. Terus aku teringat balik semua benda lama masa mak aku kena hina sebab hutang RM18,000.

"Aku tak nak perasan lebih, tak berani nak kata ini balasan dari Allah. Tapi jujur luka lama tu rasa macam terbuka balik," katanya.

  • Wanita kongsi kisah ibu dihina ketika tuntut hutang RM18k arwah bapa.
  • Alasan saudara, hutang bukan tanggungjawab kepada isteri.
  • Hubungan keluarga terputus, mereka diusir dari rumah pusaka.
  • Kisah lama kembali segar bila pakcik dilapor rugi RM180k.
  • Dia akui masih sukar melupakan dan menahan rasa.

Jelasnya, ibunya sering berpesan agar tidak menyimpan dendam, namun dia mengakui sukar untuk melupakan apa yang berlaku.

"Aku bukan jenis gembira atas kesusahan orang. Tapi dalam hati ada sikit rasa puas, memang tak boleh tipu.

"Mak aku selalu pesan jangan simpan dendam. Tapi susah nak buang rasa tu. Nak pandang muka mereka pun aku dah tak sanggup, apatah lagi mahu kembali rapat macam dulu," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang menyarankan agar tidak sesekali memberi hutang kepada saudara terdekat.

"Inilah sebab kenapa aku tak nak pinjamkan wang kepada sesiapa pun, kalau derma atau tolong semasa susah, boleh.

"Saya faham perasaan awak. Kifarah is real. Tapi apabila jadi, kita bukan ada perasaan suka ke apa. Bukan nak gembira atas musibah orang," komen netizen.

Artikel Lain