Politik di tempat kerja boleh menyebabkan seseorang hilang motivasi untuk menjalankan tugas. -Gambar hiasan AI
SELEPAS sekian lama berkhidmat dalam sesebuah organisasi, seseorang pekerja pasti mengharapkan peluang kenaikan pangkat.Namun menurut seorang wanita, pengorbanannya selama lapan tahun di sebuah syarikat bagaikan sia-sia apabila jawatan yang diimpikannya diberikan kepada individu lain. "Sudah lapan tahun kerja dekat syarikat ni. Setiap kali ada pekerja baharu, aku yang kena latih mereka. Setiap masalah, aku yang kena selesaikan.Sikap pilih kasih majikan juga boleh menyebabkan konflik antara rakan sekerja. -Gambar hiasan AI"Kemudian bos umumkan manager baharu. Umur kami sama tapi pengalaman dia kurang. Gaji pula double daripada aku. Tapi hari pertama kerja, dia minta aku explain tentang sistem."Sistem tu aku yang buat, sekarang aku pula yang kena ajar dia. Kau rasa macam mana? Adakah akan resign?" tulis wanita itu.Hantaran di aplikasi Threads itu menerima pelbagai komen daripada netizen.Wanita kongsi cerita tentang kenaikan pangkat di tempat kerjanya.Dia sudah lapan tahun menabur bakti, namun tidak dinaikkan pangkat.Lebih mengejutkan, pekerja baharu pula yang diberi jawatan pengarah.Ramai netizen beri nasihat agar individu itu meletakkan jawatannya.Ringkasan ini dijana oleh AINamun, rata-ratanya memberikan jawapan sama dan meminta individu terbabit agar meletakkan jawatan."Berhenti saja. Nampak sangat syarikat tak hargai semua perkara yang awak buat. Kalau tak, mesti awak yang dah dapat jawatan manager tu."Lebih baik berhenti kerja. Kita ni dah macam hamba majikan. Bukan tanggungjawab kita pun untuk latih pekerja baharu melainkan ia dah dinyatakan dalam job scope.ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 3 bulan suami naik pangkat, isteri kecil hati tak diberitahu gaji pun bertambah - “Nafkah bulan-bulan sama je”ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bala’ muncul lepas naik pangkat, rakan-rakan ofis paksa belanja makan... Order stik wagyu paling mahal, bil cecah RM3,000"Saya pula dah kerja selama 10 tahun. Selalu kena latih pekerja baharu. Tapi pekerja-pekerja baharu ni pula yang dinaikkan pangkat," tulis beberapa netizen.Namun, ada juga netizen yang meminta individu itu bersabar selagi keadaan di tempat kerjanya masih terkawal."Kerja je selagi dibayar gaji. Lain la kalau persekitaran dah jadi toksik, maka wajar untuk resign," tulis netizen lagi.