Tindakan pemungut hutang menghubungi pejabat boleh menggnggu prestasi kerja penghutang. -Gambar hiasan AI
TINDAKAN pemungut hutang atau debt collector (DC) menghubungi tempat kerja peminjam sehingga mengganggu majikan dan memaki hamun kakitangan sumber manusia (HR) adalah menyalahi garis panduan Bank Negara Malaysia (BNM).Perkara itu dikongsikan seorang individu yang mendakwa rakannya hampir kehilangan pekerjaan selepas majikan menerima panggilan berulang kali daripada pihak pemungut hutang. Menurutnya, tindakan DC tersebut menyebabkan rakannya digantung kerja selama seminggu kerana dianggap mencetuskan masalah di tempat kerja.Fahami betul-betul syarat sebelum berhasrat membuat hutang. -Gambar hiasan AI“DC call pejabat, marah-marah HR, spam call sampai kawan saya hampir dibuang kerja. Padahal surat rasmi pun belum hantar,” katanya.Orang ramai diingatkan bahawa semua bank dan syarikat kewangan di Malaysia tertakluk di bawah Garis Panduan Amalan Kutipan Hutang Adil (Fair Debt Collection Practices) yang ditetapkan BNM.BNM menerusi perkongsian di media sosial menyatakan penghutang perlu mengetahui hak mereka semasa berurusan dengan pemungut hutang.Antara perkara yang dilarang dilakukan DC sama sekali adalah:- Mengugut, memaki hamun atau menggunakan kekerasan.- Membuat panggilan berulang kali untuk menakutkan peminjam.- Menghubungi ahli keluarga, rakan atau majikan.- Menghubungi peminjam sebelum jam 8 pagi atau selepas jam 9 malam.- Datang ke tempat kerja tanpa sebab munasabah.Jika peminjam mengalami gangguan, ugutan atau tekanan melampau, mereka berhak membuat aduan rasmi kepada BNM.