suria

Sering jadi tajuk sensasi, anak jati beri pandangan keunikan Kelantan berbanding negeri lain

Kelantan dikatakan unik sehingga mampu menjadi 'pelaris' dalam menarik perhatian masyarakat. -Gambar hiasan AI

PENGGUNA media sosial meluahkan rasa kurang senang terhadap penyebaran mesej palsu membabitkan pelajar dari negeri Kelantan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Tangkap layar mesej yang tersebar beberapa hari lalu, tertera tajuk 'Kempen Tangkap Orang Kelantan di UiTM' dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi dan buli terhadap pelajar negeri itu.

Malah, Universiti Malaya (UM) turut terpalit isu hampir sama dan memohon maaf selepas pentadbir atau 'admin' Thread universiti itu memuat naik hantaran bertulis 'aku bukan Kelantan'.

Dalam pada itu, media di negara ini juga turut dikatakan kerap menggunakan nama Kelantan dalam laporan berita.  

Wayang kulit antara keunikan seni budaya yang terdapat di Kelantan. -Foto Eddie Chua/SMGWayang kulit antara keunikan seni budaya yang terdapat di Kelantan. -Foto Eddie Chua/SMG

Atiqullah Muhammad, seorang anak Kelantan, berkongsi pandangannya di sebalik 'fenomena' tersebut.

1. Identiti unik negeri

-  Kelantan mempunyai budaya dan gaya hidup yang berbeza berbanding negeri lain. 

- Keunikan ini menarik perhatian pembaca yang ingin tahu tentang peristiwa atau isu yang berlaku di sana.

2. Stereotaip dan persepsi

- Sesetengah media cenderung menonjolkan naratif stereotaip iaitu Kelantan = konservatif, miskin atau mundur.

- Walaupun tidak mewakili keseluruhan negeri, stereotaip ini sering digunakan untuk menambah 'warna' dalam laporan berita.

3. Isu sosial mudah viral

- Kes-kes sensasi dari Kelantan seperti kahwin awal, isu moral, kemiskinan atau pelarian mudah menjadi tular di media sosial.

- Media memanfaatkannya untuk menarik perhatian pembaca walaupun ia tidak menggambarkan keadaan sebenar negeri secara keseluruhan.

4. Unsur politik tersirat

- Kelantan juga sering dikaitkan dengan parti politik tertentu.

- Penekanan isu atau kelemahan negeri ini kadangkala membawa mesej politik tersirat.

5. Tajuk catchy mudah menarik minat

- Tajuk seperti Lelaki Kelantan... atau Wanita Kelantan ditahan... mudah menarik perhatian.

- Terutama jika ia menggabungkan imej Islamik negeri dengan kes jenayah atau skandal.

 

Artikel Lain