suria

Jutaan iPhone, iPad berdepan ancaman! Ini model paling berisiko digodam jika tidak lakukan kemas kini

Pengguna iPhone dan iPad disaran mengemas kini iOS bagi mengelak risiko digodam. -Gambar hiasan AI

APPLE mengeluarkan amaran selepas pakar keselamatan menjumpai dua kelemahan dalam Webkit enjin pelayar yang digunakan Safari dan semua pelayar di iOS.

Keadaan itu membolehkan penggodam mencuri kata laluan dan maklumat pembayaran pengguna.

Menurut laporan, kelemahan ini sedang dieksploitasi melalui serangan sangat canggih, di mana laman web berniat jahat boleh memaksa peranti Apple menjalankan kod berbahaya. 

Sekali kod ini dijalankan, penggodam boleh mengawal peranti dan mengakses maklumat sensitif.

Apple telah mengeluarkan patch keselamatan dalam kemas kini perisian terkini iOS 26, namun dilaporkan hampir 800 juta peranti masih berisiko kerana pengguna belum mengguna pakai kemas kini tersebut.

Model paling berisiko

- iPhone 11 dan model lebih baru

- iPad Pro 12.9-inci (3rd Gen dan lebih baru)

- iPad Pro 11-inci (1st Gen dan lebih baru)

- iPad Air 3rd Gen dan lebih baru

- iPad 8th Gen dan lebih baru

- iPad mini 5th Gen dan lebih baru

Apple menasihatkan semua pengguna untuk segera mengemas kini peranti mereka dengan cara pergi ke Settings > General > Software Update.

Jika peranti belum menggunakan iOS 26.2 atau iOS 18.7.3, matikan peranti melalui Settings > General > Shut Down, atau tekan dan tahan salah satu butang volum + butang sisi sehingga slider power-off muncul.

Jika masih gagal, lakukan force restart.

Apple menegaskan bahawa mengemas kini peranti secara berkala adalah penting untuk mengekalkan keselamatan produk Apple.

Pengguna iPhone dan iPad disarankan tidak menangguhkan kemas kini kerana kelemahan ini boleh membolehkan penggodam mencuri data kewangan dan kata laluan.

Artikel Lain