SEORANG ibu terkejut apabila diberitahu dia menggunakan wang kertas palsu ketika mahu membuat pembayaran di koperasi sekolah tempat anaknya belajar pada Selasa lalu.Menurut wanita itu, dia ke sekolah untuk mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 dan menerima dua keping wang kertas, iaitu not RM100 dan RM50. Selepas itu, dia terus ke koperasi sekolah untuk membeli barangan sekolah dan menyerahkan wang RM100."Kakak koperasi tu pulangkan balik duit RM100 tu dan dia cakap ia palsu. Dia tanya dapat mana duit tu dah saya maklumkan daripada sekolah.“Selepas disemak menggunakan mesin pengesan wang palsu, ternyata not RM100 yang diterima adalah palsu,” katanya menerusi perkongsian di TikTok [Tonton Video].Mesin pengesan wang membantu ketulenan wang kertas. -Gambar hiasan AIWanita itu kemudian bertemu semula dengan guru yang bertanggungjawab menguruskan BAP untuk memaklumkan hal tersebut."Saya tunjuk dekat cikgu video yang saya rekod di koperasi dan dia pun terkejut. Jadi cikgu tu tukarkan duit tersebut dengan sekeping RM100 lain."Saya pergi semula ke koperasi dan apabila petugas di sana periksa tetap sama, ia palsu. Saya dapat duit palsu dua kali," katanya.Dia kemudian kembali mengadu kepada guru pengendali BAP sebelum ditukarkan dengan wang kertas RM50 sebanyak dua keping.Jelasnya dia yakin wang kertas RM50 itu asli kerana dalam kejadian pertama dia membayar menggunakan wang RM50 yang diberikan sekolah.Sementara itu menerusi perkongsian video yang berlainan [Tonton Video], wanita itu menjelaskan wang tersebut diperiksa secara langsung di hadapannya, dan tiada kemungkinan ia ditukar oleh staf koperasi."Selain itu ada yang tuduh saya buat cerita palsu, menuduh pihak sekolah dan kerajaan. Dalam video tu saya tidak langsung menuduh mana-mana pihak.“Saya hanya menceritakan fakta iaitu saya menerima wang palsu daripada pihak sekolah. Itu sahaja,” jelasnya.Katanya, pihak sekolah sudah mengambil tindakan segera susulan kejadian itu dan perkongsiannya hanya untuk memastikan tiada ibu bapa lain berdepan situasi sama. "Kalau anda sendiri yang terima dan selepas periksa ia palsu boleh la pergi berurusan dengan pihak sekolah atau pun berhubung terus dengan polis," katanya.Sebagai peringatan bersama, Bank Negara Malaysia ada berkongsi empat kaedah mudah untuk mengesan wang palsu.