suria

Tiada kemalangan atau halangan, tapi trafik sesak tanpa sebab... Ini punca sebenar berlaku di Malaysia

Kesesakan lalu lintas boleh berpunca daripada seorang pemandu yang memandu perlahan. -Gambar hiasan AI

DI Malaysia, kesesakan lalu lintas yang berlaku tanpa sebab jelas atau tidak diketahui puncanya bukanlah satu perkara asing.

Salah satu situasi yang membawa kepada masalah ini apabila sebuah kereta di hadapan dipandu perlahan memaksa pemandu kereta lain di belakang menekan brek. 

Seorang pengguna media sosial mendakwa kelajuan yang tidak konsisten menyebabkan aliran kenderaan di jalan raya terganggu dan akhirnya terbentuk kesesakan trafik. 

Kesan domino ini boleh menyebabkan kereta yang jauh di belakang berhenti sepenuhnya kerana tiada kelajuan yang stabil untuk diurus dengan pedal minyak. 

Bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara, kesesakan lalu lintas berlaku bukan kerana kemalangan. -Gambar hiasanKesesakan lalu lintas tidak hanya berlaku kerana ada kemalangan. -Gambar hiasan

Fenomena ini menunjukkan bahawa kesesakan tidak semestinya disebabkan kemalangan atau halangan fizikal seperti kerja pembaikan jalan, tetapi juga akibat tiada 'interaksi' dalam kalangan pemandu.

"Eksperimen yang dibuat oleh pakar di Jepun untuk membuktikan yang traffic jam terjadi tanpa sebab apa pun," katanya.

Berdasarkan kajian dilakukan Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Jepun, beberapa kereta diarahkan bergerak pada kelajuan 30 kilometer per jam (km/j) dan mengekalkan jarak yang sama antara satu sama lain. 

Walaupun pada awalnya trafik bergerak lancar, gangguan kecil berlaku apabila seorang memandu memperlahankan sedikit keretanya, lantas mencetuskan phantom jam

Semakin padat trafik, semakin cepat kesesakan lalu lintas terbentuk. 

Ini adalah contoh klasik bagaimana kesan domino berlaku di atas jalan raya: satu perlahan, semua terpaksa ikut perlahan dan akhirnya kesesakan berlaku walau tak sepatutnya terjadi.

Masalah tersebut hanya dapat diselesaikan jika semua kereta boleh 'berkomunikasi' antara satu sama lain untuk kekalkan kelajuan dan jarak yang konsisten.

Artikel Lain