suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu ini ajar cara nila baju guna mesin basuh... Hasilnya sekata, tak nampak bercapuk!

Kaedah menila baju dengan mesin basuh lebih cepat dan praktikal. -Gambar hiasan AI

BIASANYA proses menila baju dilakukan secara manual dengan pakaian direndam seketika dalam air yang dicampur bahan pewarna itu.

Namun, seorang ibu menggunakan pendekatan berbeza dengan menilai baju sekolah anaknya menggunakan mesin basuh muatan atas (top load).

Katanya, kaedah tersebut lebih cepat, praktikal dan hasilnya baju putih bersih serta warna biru uniform kekal cantik.

1. Basuh baju seperti biasa

- Masukkan baju putih anak ke mesin basuh top load dan basuh ikut rutin biasa. 

- Tapi kena peka ketika bilasan (rinse) terakhir iaitu masa air ditadah sebelum putar (spin) untuk tekan butang henti (stop).

2. Masukkan nila 

-  Dalam bekas lain, campur sedikit air dengan nila, kemudian curah ke atas baju.

- Tutup mesin basuh dan tekan butang mula (start) semula. 

- Dalam beberapa minit, baju dah mula nampak putih bersih.

3.Jumlah nila

- Bergantung pada anda sendiri.

- Wanita itu memaklumkan dia memicit botol nila sambil mengira satu hingga 10.

4. Jemur

- Kalau mahu warna biru uniform lebih menyerlah, jemur di dalam rumah.

- Kalau jemur terus di bawah sinaran matahari, warna biru akan pudar dan putih jadi terlalu menyerlah.

Artikel Lain