suria

Ramai tak suka nyamuk, lalat dan lipas! Rupanya fungsi serangga ini penting dalam hidup manusia

Lipas dan nyamuk antara haiwan yang tidak disukai manusia. -Gambar hiasan AI

RAMAI menyangka serangga seperti nyamuk dan lalat tidak membawa sebarang manfaat, malah sering dianggap sebagai 'gangguan'.

Namun hakikatnya, setiap ciptaan mempunyai fungsi tersendiri dalam ekosistem, walaupun sekecil-kecil makhluk.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa secara biologi, setiap hidupan diciptakan dengan peranan tertentu.

Menurutnya, nyamuk bukan sekadar serangga penghisap darah, malah turut berfungsi sebagai:

- Pendebunga (pollinator) kepada sesetengah tumbuhan

- Sebahagian rantaian makanan untuk haiwan lain

- Mampu mengesan tubuh yang sedang sakit, menyebabkan individu tidak sihat lebih mudah digigit

Lalat dikategorikan haiwan pengotor yang membawa penyakit. -Gambar hiasan AILalat dikategorikan haiwan pengotor yang membawa penyakit. -Gambar hiasan AI

Sementara itu, lalat pula memainkan peranan penting dalam alam sekitar, antaranya:

- Membantu menguraikan sisa dan bangkai

- Bertindak sebagai pendebunga

- Menjadi sebahagian daripada rantaian makanan

- Dalam bidang forensik, ulat lalat digunakan untuk menganggarkan masa kematian

Malah, menurutnya lipas turut memainkan peranan penting walaupun tidak disukai ramai kerana mudah terbang bila dihalau, antaranya:

- Berfungsi sebagai decomposer

- Agen penyubur tanah

Perkongsian ini mengingatkan orang ramai bahawa setiap makhluk ciptaan Allah mempunyai hikmah tersendiri, walaupun sering dipandang remeh.

 

Artikel Lain

Rezeki Iskandar Ismail juara GV12