Repair Mode membantu pengguna telefon pintar tidak lagi bimbang menghantar peranti untuk dibaiki. -Gambar hiasan AI
RAMAI pengguna telefon pintar bimbang apabila perlu meninggalkan peranti mereka di kedai bagi tujuan pembaikan, khususnya melibatkan risiko pencerobohan privasi seperti gambar dan mesej WhatsApp tanpa kebenaran.Namun, kebimbangan itu sebenarnya boleh dikurangkan dengan mengaktifkan fungsi Repair Mode atau Maintenance Mode yang kini tersedia pada kebanyakan telefon pintar moden. Apabila mod ini diaktifkan, telefon akan berfungsi seolah-olah peranti baharu tanpa pemiliknya bimbang jika ia dibuka pihak ketiga.Semua gambar, aplikasi peribadi, akaun e-mel dan data pemilik disembunyikan dan hanya akan muncul semula selepas mod tersebut dinyahaktifkan oleh pemilik telefon.Langkah ini dilihat mampu memberi ketenangan kepada pengguna serta mengelak telefon daripada digodek secara berlebihan ketika berada di tangan pihak ketiga.Terdapat individu tidak jujur dalam bekerja dengan menceroboh privasi pemilik telefon ketika membaiki. -Gambar hiasan AICara aktifkan Repair ModeSamsung- Buka Settings (Tetapan)- Pilih Battery and Device Care- Tekan Maintenance Mode- Pilih Turn On- Telefon akan restart secara automatikXiaomi / Redmi / POCO- Buka Settings- Pilih Privacy & security- Cari dan aktifkan Repair Mode.Telefon OPPO / Realme / Vivo- Masuk Settings- Pilih Privacy atau Security- Cari Repair Mode / Maintenance Mode dan aktifkan jika adaBagi pengguna iPhone Apple tidak menyediakan fungsi tersebut.Pengguna disarankan membuat backup iCloud, log keluar Apple ID dan padam kandungan (Erase All Content & Settings) sebelum hantar untuk dibaiki.Sekiranya, skrin telefon yang rosak hingga hilang fungsi sentuh, pemilik disaran menggunakan adapter USB yang kemudiannya disambung dengan tetikus (mouse) bagi membolehkan peranti itu dikawal tetikus.Namun, jika masalah melibatkan display, pengguna boleh menggunakan adapter HDMI sebelum fungsinya beralih kepada monitor atau televisyen tetapi bukan semua telefon mempunyai kelebihan itu.Pengguna turut disarankan mengaktifkan kunci skrin, tidak mendedahkan kata laluan kepada sesiapa serta memastikan data penting dibuat sandaran sebelum menyerahkan telefon untuk dibaiki.Langkah mudah ini bukan sahaja melindungi data peribadi, malah membantu pengguna lebih yakin dan tenang ketika menghantar telefon ke pusat servis.