Ada ibu bapa yang menghantar anak di sekolah berdekatan tempat kerja berbanding rumah. -Gambar hiasan AI
SESETENGAH ibu bapa memilih menghantar anak ke sekolah yang jaraknya lebih jauh dari rumah dengan menggunakan alamat orang lain atau membuat permohonan pertukaran atas sebab tertentu.Namun, tindakan sedemikian sering disalah erti dan mendapat kecaman ramai kerana dianggap menipu selain dianggap merampas hak pelajar lain. Bekas guru, Mohd Fadli Salleh berpandangan tindakan ibu bapa memohon pertukaran sekolah sebenarnya tidak salah kerana memudahkan pengurusan masa.Jelasnya, tiada keperluan untuk ibu bapa menipu alamat semata-mata mahu memastikan sekolah anak lebih dekat dengan kediaman."Memang Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan letakkan anak kita dengan sekolah terdekat dengan alamat (rumah). "Tak perlu tipu pun, memang akan dapat sekolah terdekat dengan alamat. Melainkan sekolah tu penuh."Cuma ada ibu bapa yang mohon tukar ke sekolah yang lebih jauh kerana satu laluan ke tempat kerja dan memudahkan pengurusan masa. Itu tak salah," katanya di Facebook.Sementara itu, semakan mStar di portal IDMe mendapati ibu bapa atau penjaga boleh memohon rayuan bagi penempatan sekolah anak atas pelbagai sebab, termasuk tidak puas hati dengan sekolah yang ditetapkan, perpindahan kerja ibu bapa, jarak rumah ke sekolah, atau keperluan khas.Dokumen yang perlu disediakan:- Salinan MyKid / MyKad pelajar- Surat pengesahan alamat (bil utiliti, penyata EPF, kontrak sewa)- Surat pindah kerja atau pengesahan majikan- Dokumen perubatan atau laporan profesional untuk keperluan khas- Salinan keputusan atau surat penempatan asal- Surat pengesahan sekolah lama (jika ada)- Nombor telefon dan e-mel ibu bapa/penjaga yang aktifLangkah membuat rayuan melalui IDMe:- Log masuk ke akaun IDMe dan aktifkan 2FA jika perlu.- Akses portal KPM / MOEIS / APDM dan pilih menu Rayuan Penempatan.- Pilih jenis rayuan (contoh: perpindahan alamat, perubatan, kemanusiaan, atau rayuan umum).- Isi borang lengkap dengan maklumat pelajar dan alasan ringkas tapi jelas.- Pilih sekolah yang dipohon dan lampirkan dokumen sokongan.- Semak maklumat dan hantar borang, kemudian catat nombor rujukan atau tangkapan skrin sebagai bukti.- Jejak status rayuan melalui portal, e-mel, atau SMS. Jika tiada respon, hubungi pihak sekolah, PPD, atau talian sokongan KPM.- Portal rasmi untuk log masuk: https://idme.moe.gov.my/login