RAMAI pencari kerja sering buntu apabila ditanya soalan sensitif seperti sebab berhenti kerja atau alasan meninggalkan pekerjaan lama ketika sesi temu duga.Tanpa disedari, cara menjawab soalan itu boleh memberi gambaran besar tentang sikap, profesionalisme serta tahap kematangan seseorang calon di mata majikan. Menerusi perkongsian seorang pegawai sumber manusia, jawapan yang positif, berhemah dan berorientasikan masa depan lebih mudah menarik minat penemuduga berbanding jawapan yang bersifat emosi atau menyalahkan pihak lain.Berikut antara alasan yang dianggap munasabah dan diterima majikan:- Mencari perkembangan kerjaya- Ingin menukar laluan kerjaya- Mengejar peluang yang lebih baik- Menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi- Ditawarkan kerja oleh kenalan profesionalAlasan sebegini menunjukkan calon mempunyai perancangan jelas serta bersikap matang dalam membuat keputusan kerjaya.Secara tidak langsung, jawapan-jawapan positif ini menarik minat bakal majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada individu tersebut.Menyalahkan majikan lama ketika ditemu duga boleh menyebabkan peluang anda mendapat kerja baharu tipis. -Gambar hiasan AINamun, terdapat juga ayat yang wajar dielak kerana boleh 'membunuh' mereka meraih peluang kerja, terutama sekali yang boleh memberi imej negatif.Elakkan menggunakan alasan seperti berikut:- Tidak suka dengan syarikat lama- Menyatakan gaji di tempat lama sedikit- Bosan dengan pekerjaan yang dilakukan sebelum ini- Tidak suka dengan waktu kerjaWalaupun alasan itu jujur dan mungkin ada kebenarannya, jawapan sebegini boleh dilihat sebagai tidak profesional, emosional dan sukar menyesuaikan diri.Fokus kepada masa depan, bukan masalah lama dengan menggunakan ayat neutral dan professional serta jangan menyalahkan majikan terdahulu.Cara bercakap mencerminkan peribadi dan jawapan yang bijak bukan sahaja membantu anda melepasi sesi temu duga, malah meningkatkan peluang untuk diterima bekerja.