Umat Islam digalakkan melakukan amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ketika gerhana. -Gambar hiasan
MALAM ini bersamaan dengan 14 Ramadan 1447H, Malaysia dijangka menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh, bermula sekitar 5.50 petang. Memetik laman Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena ini merupakan satu-satunya gerhana bulan penuh pada tahun 2026, dan gerhana bulan penuh seterusnya hanya akan berlaku pada 31 Disember 2028. Gerhana bulan berlaku apabila bumi berada di antara matahari dan bulan sehingga bayang-bayang bumi menutupi keseluruhan permukaan bulan, menyebabkan Bulan kelihatan kemerahan.Gerhana bulan fasa separa (U1) bermula pada 5.50 petang dan seterusnya memasuki fasa penuh (U2) pada 7.04 petang, dengan kemuncak gerhana (GE) pada 7.33 petang.Fasa penuh akan tamat pada 8.02 malam dan memasuki fasa separa (U3) kembali sehingga 9.17 malam.Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini bahawa fenomena ini merupakan salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. Justeru, gerhana bulan bukan sahaja fenomena alam yang dikagumi kerana keindahannya, malah menjadi ruang untuk bermuhasabah serta meraih pahala.Ketika terjadi gerhana bulan, mulai awal hingga berakhirnya gerhana, ada banyak amalan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.Pada suatu ketika terjadi gerhana, Rasulullah SAW berdiri untuk mengerjakan solat dan bersabda, "Jika engkau melihat gerhana, segeralah berzikir kepada Allah, berdoa dan memohon ampunan kepada-Nya" (HR. Bukhari dan Muslim)Satu lagi hadis menyebut baginda bersabda, "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan tidaklah terkait kematian atau kehidupan seseorang. Kerananya jika kalian melihat gerhana itu, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, solatlah dan bersedekahlah" (HR. Bukhari)Daripada dua hadis tersebut, berikut merupakan lima amalan sunnah yang dianjurkan banginda:1. Solat gerhana bulanSolat gerhana bulan adalah amal utama ketika terjadi gerhana bulan. Para ulama sepakat, hukumnya sunnah muakad, sunnah yang sangat dianjurkan. Solat gerhana bulan disunnahkan untuk dilakukan secara berjamaah dengan dua rakaat. 2. BerdoaDalam satu riwayat disebutkan para sahabat berzikir dan berdoa hingga gerhana selesai. Di antara keutaman doa ketika gerhana ini, doa-doa tersebut insya-Allah mustajab dan dimakbulkan.3. Berzikir dan membaca takbirBerzikir apa saja yang termasuk kalimat thayyibah, terutama takbir karena disebutkan secara khusus dalam hadis tersebut.4. BeristighfarSebagaimana doa yang dikabulkan, memohon keampunan pada saat ini amat dianjurkan.5. BersedekahBersedekah boleh hadir dalam pelbagai bentuk, asalkan berkemampuan.