suria

"Jangan buat malu, pandang la kiri kanan" - Penunggang motosikal dinasihat ambil tahu fungsi Smart Lane

Seorang penunggang motosikal menghalang kenderaan menggunakan Smart Lane.- Gambar media sosial

SMART Lane, istilah untuk lorong kecemasan yang dibuka sementara bagi menambah kelancaran trafik pada waktu puncak masih asing bagi sesetengah pengguna jalan raya di Malaysia.

Seorang pemandu berkongsi situasi di Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite) menunjukkan seorang penunggang motosikal menghalang keretanya daripada menggunakan lorong tersebut.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 4.45 petang sedangkan mengikut jadual, Smart Lane di Elite dibuka bermula pukul 4 petang.

“Buat malu je, lain kali bawa motor tu, pandang kiri kanan atas bawah bang!" tulis perkongsian itu di Facebook.

Perkongsian itu turut memaparkan papan tanda Smart Lane yang menunjukkan jadual waktu pengaktifan iaitu:

Isnin hingga Jumaat

- 6 pagi hingga 10 pagi

- 4 petang hingga 10 malam

Hari kelepasan am, Sabtu & Ahad

- 10 pagi hingga 10 malam

Sementara itu, PLUS Malaysia menerusi Facebook turut memberikan panduan tentang penggunaan Smart Lane.

1. Hanya dibuka pada masa tertentu

- Lorong hanya aktif apabila papan tanda elektronik (VMS) atau lampu hijau menunjukkan isyarat. 

- Penggunaan lorong tanpa isyarat lampu hijau berisiko kena saman.

2. Had laju berbeza

- Semasa lorong dibuka, had laju lebih rendah daripada lorong biasa untuk keselamatan semua pengguna lebuh raya.

3. Tidak boleh berhenti atau parkir

- Berhenti di Smart Lane boleh menghalang laluan kenderaan lain termasuk kenderaan kecemasan.

- Tindakan undang-undang menanti bagi mereka yang menghalang atau berhenti di lorong itu.

 

Artikel Lain

Ben Amir kini sah bergelar suami