suria

'Kalau tak mampu, jangan beli' - Penduduk bengang pemilik EV cas kereta guna 'plug point' di parkir awam

Pengunaan soket biasa untuk mengecas EV boleh mengundang bahaya. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN seorang pemilik kenderaan elektrik (EV) yang menggunakan kemudahan elektrik di kawasan parkir perumahan tanpa kebenaran mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk.

Lebih mengejutkan, perbuatan itu bukan sahaja melanggar peraturan pengurusan bangunan, malah boleh mengundang risiko kebakaran dan renjatan elektrik.

Menerusi notis yang dikeluarkan pihak pengurusan (MO) perumahan itu pada Khamis, pihaknya mengesan penggunaan punca kuasa (plug point) harta bersama bagi tujuan mengecas EV.

Menurut pihak pengurusan, sebarang penggunaan bekalan elektrik di kawasan awam tanpa kelulusan adalah dilarang sama sekali.

Pemilik EV boleh memohon kepada JMB untuk menyediakan parkir pengecas untuk kegunaan penduduk. -Gambar hiasan AIPemilik EV boleh memohon kepada JMB untuk menyediakan parkir dengan pengecas untuk kegunaan penduduk. -Gambar hiasan AI

“Penggunaan soket awam untuk mengecas EV boleh menyebabkan litar pintas, kebakaran serta membahayakan penghuni lain,” menurut notis berkenaan.

Lebih membimbangkan, ada pemilik kenderaan yang menggunakan wayar sambungan dari rumah ke parkir, satu tindakan yang jelas melanggar piawaian keselamatan.

Risiko cas EV guna soket tiga pin biasa:

- Kebakaran dan letupan

- Beban elektrik berlebihan

- Renjatan elektrik kepada orang awam

- Tidak mematuhi piawaian TNB & Suruhanjaya Tenaga

Langkah selamat perlu dipatuhi jika tinggal di flat/kondominium:

- Dapatkan kelulusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC)

- Gunakan kontraktor bertauliah

- Pastikan kapasiti elektrik mencukupi

- Elakkan penggunaan wayar sambungan

- Gunakan stesen pengecas awam

 

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!