PUBLIC Bank meraikan ulang tahun ke-60 penubuhannya dengan sambutan gilang gemilang menerusi pertunjukan cahaya dron dan pemetaan visual yang memukau di Menara Public Bank, Kuala Lumpur pada Isnin malam.Bertemakan Pertumbuhan dan Kepercayaan, sambutan Jubli Intan itu menzahirkan perjalanan enam dekad kejayaan Public Bank sebagai institusi kewangan terkemuka negara yang dibina atas kepercayaan pelanggan sejak 1966. Public Bank turut mencatat sejarah sebagai bank pertama di Malaysia menganjurkan sambutan awam menggunakan teknologi dron dan pemetaan unjuran visual, sekali gus melambangkan komitmennya terhadap inovasi selari dengan legasi yang dibina selama enam dekad.Wajah pengasas Public Bank juga divisualkan menggunakan dron. -Foto Art Chen/SMGKemuncak acara menyaksikan 600 unit dron membentuk visual perjalanan Public Bank, termasuk wajah pengasas bank berkenaan, mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow sebelum bertukar kepada imej kuda yang megah, simbol menyambut Tahun Kuda.Pelancaran rasmi logo 60 tahun turut diserikan dengan unjuran visual seekor kuda yang kelihatan seolah-olah melompat keluar dari Menara Public Bank.Keseluruhan persembahan disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube rasmi Public Bank, lengkap dengan elemen Augmented Reality (AR) bagi membolehkan orang ramai merasai kemeriahan acara tersebut dari mana-mana lokasi.Public Bank ditubuhkan pada 1966 dan diasaskan mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow -Foto Art Chen/SMGMajlis bersejarah itu diserikan dengan kehadiran anak perempuan kepada pengasas bank berkenaan, Teh Li Shian Diona bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Tay Ah Lek, barisan Lembaga Pengarah serta pengurusan kanan kumpulan. Menurut Tan Sri Dato’ Sri (Dr) Tay Ah Lek, sambutan ini bukan sekadar mengenang sejarah, malah menjadi simbol kesediaan Public Bank untuk terus berkembang dan menetapkan penanda aras baharu industri perbankan.“Matlamat kami jelas untuk dekad seterusnya iaitu memacu pertumbuhan mampan, bekerjasama dengan usahawan generasi baharu serta terus mengekalkan kestabilan dan kecemerlangan,” katanya.Imej kuda yang megah, simbol menyambut Tahun Kuda. -Foto Art Chen/SMGSebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Public Bank turut melancarkan kempen Public Bank 60th Diamond Jubilee Celebration yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk 60 unit kereta Proton e.Mas 7, tiga kenderaan elektrik (EV) mewah, jam pintar edisi terhad serta hadiah tunai bernilai lebih RM2.6 juta.Maklumat lanjut mengenai kempen berkenaan boleh didapati di www.pbebank.com/60years