BOLEH dikatakan sebahagian besar penghuni kediaman menjadikan peti sejuk sebagai 'meja sementara' di rumah.Daripada botol minyak, roti, hingga peralatan dapur kecil, semuanya diletakkan pada bahagian atas perkakas elektronik berkenaan. Tidak salah untuk meletakkan sesuatu di atasnya, namun bukan semua barang selamat dan sesuai diletakkan di atas peti sejuk.Menurut Southern Living, menyimpan barang di atas peti sejuk boleh merosakkan kualiti makanan, memendekkan hayat peralatan, malah membahayakan keselamatan.Risiko kecederaan mungkin berlaku jika barang di atas peti sejuk terjatuh. -Gambar hiasan AIBerikut 10 barang yang perlu dielak:1. Minyak masak - Haba daripada peti sejuk boleh menjejaskan rasa dan kualiti minyak serta mempercepatkan proses rosak.2. Roti- Tekstur roti cepat berubah dan mudah berkulat akibat kondensasi.3. Kerepek/Chips - Haba boleh menyebabkan kerepek menjadi lembik dan rasa minyak dalam kerepek berubah.4. Minuman beralkohol- Rasa dan jangka hayat minuman beralkohol boleh terjejas.5. Bahan pembersih- Haba boleh mencetuskan tindak balas kimia yang berbahaya.6. Barang berat - Contohnya periuk nasi atau botol besar boleh merosakkan struktur peti sejuk dan jatuh, membahayakan orang.7. Ketuhar dan pemanggang roti- Boleh menjejaskan pengudaraan dan merosakkan kedua-dua peralatan.8. Bekas plastik kosong - Haba boleh menyebabkan bekas plastik berubah bentuk atau retak.9. Bahan mudah terbakar- Lilin, mancis atau bahan kimia boleh terbakar akibat haba dari peti sejuk.10. Ubat-ubatan- Memerlukan suhu simpanan yang stabil; haba dari peti sejuk boleh mengurangkan keberkesanannya.Jadi, elakkan meletakkan barang-barang ini di atas peti sejuk untuk keselamatan dan mengekalkan kualiti barang anda.