suria

Ini cara mudah semak Wang Tak Dituntut dalam aplikasi MyGOV - "Tak banyak tapi tetap rezeki"

Semakan WTD lebih mudah menerusi aplikasi MyGOV. -Gambar hiasan AI

APLIKASI MyGOV Malaysia diperkenalkan sebagai platform digital bersepadu bagi memudahkan rakyat mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan.

Melalui MyGOV, rakyat tidak perlu lagi memuat turun terlalu banyak aplikasi atau melayari pelbagai laman sesawang untuk urusan berbeza berkaitan kerajaan.

Antara perkhidmatan di dalam MyGOV yang menarik perhatian ramai adalah Wang Tak Dituntut (WTD).

WTD ialah wang yang dimiliki individu tetapi tidak dituntut atau diambil oleh pemiliknya dalam tempoh tertentu.

Wang ini biasanya 'datang' dari akaun bank, pelaburan, dividen, takaful, gaji tertunggak, insurans atau sumber lain.

Semakan saman dan kompaun juga boleh dibuat menerusi aplikasi MyGOV.Semakan saman dan kompaun juga boleh dibuat menerusi aplikasi MyGOV.

"Alhamdulillah, saya dapat la sikit dalam RM60. Walaupun tak banyak, ia tetap rezeki. 

"Ada nampak hantaran orang lain sebelum ni, dia dapat RM2,000," kata seorang wanita menerusi perkongsian di Thread.

Wanita tersebut turut berkongsi kaedah untuk menyemak WTD.

Langkah-langkah:

- Muat turun aplikasi MyDigital ID dan MyGOV.

- Daftar akaun di MyDigital ID mengikut arahan dalam aplikasi.

- Tiada keperluan untuk imbas kod QR.

- Setelah selesai pendaftaran, buka aplikasi MyGOV.

- Klik 'Log Masuk'.

- Taip 'Wang Tak Dituntut' di bahagian carian.

- Masukkan nombor MyKad

- Tertera jumlah wang yang tidak dituntut.

- Klik pautan eGUMIS untuk proses tuntutan wang.

Selain menyemak WTD, aplikasi MyGOV juga membantu pengguna menyemak kompaun saman, bantuan kewangan, semakan keputusan peperiksaan dan pelbagai lagi urusan berkaitan perkhidmatan kerajaan.

Setakat ini, MyGOV Malaysia menyediakan 38 perkhidmatan yang melibatkan 13 agensi kerajaan, merangkumi fungsi semakan serta penyediaan pautan terus ke perkhidmatan kerajaan berkaitan. 

Artikel Lain