MENGHULURKAN bantuan kepada individu dalam kesusahan seperti meminjamkan wang adalah sikap terpuji yang mencerminkan nilai kemanusiaan dan keprihatinan.Namun seorang lelaki kini berdepan dilem apabila niat baik bertukar menjadi situasi yang sukar selepas memberi pinjaman kepada rakannya atas dasar membantu sesama saudara Islam. Menurutnya, dia meminjamkan wang tunai RM2,500 selepas rakannya itu merayu dengan alasan mahu menggunakan wang tersebut sebagai persediaan isteri bersalin.Namun, seorang lelaki kini berdepan dilema apabila niat baiknya bertukar menjadi situasi yang sukar selepas memberi pinjaman kepada rakannya.Waris bertanggungjawab menyelesaikan hutang si mati. -Gambar hiasan AIMenurutnya, dia memberikan RM2,500 selepas rakannya itu merayu untuk meminjam dengan alasan persediaan isteri bersalin."Aku pun bukannya orang senang. Duit yang ada itu pun untuk kegunaan bulan ini, tapi atas rasa tanggungjawab sesama Muslim aku berikan juga."Dia pinjam awal puasa hari tu. Masa yang dijanjikan untuk pembayaran balik pula pertengahan bulan April ini," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Pemungut hutang ‘spam call’ majikan, ugut penghutang sampai ke tempat kerja? Jangan takut, Malaysia ada undang-undangARTIKEL BERKAITAN: Pemuda berkurung dalam bilik di hari raya, takut dikejar ‘debt collector’... Hutang keliling pinggang angkara mak ayah sendiri!Namun, rakannya itu terlibat dalam kemalangan sebelum meninggal dunia beberapa hari kemudian akibat kecederaan parah dialami."Dia cedera parah, setelah tiga hari dia meninggal dunia. Aku dalam dilema sekarang ini sebabnya masa dia pinjam, isterinya tak tahu tentang hal ini."Aku pun tak sampai hati minta pada isterinya dalam keadaan sekarang ini. Dia hanya suri rumah, hilang tempat bergantung selepas pemergian suami.Pada masa sama, lelaki itu mengakui dia sendiri memerlukan wang tersebut kerana mempunyai komitmen lain.Lelaki buntu selepas rakan yang meminjam RM2,500 meninggal dunia.Pinjaman dibuat untuk persiapan isteri bersalin.Isteri arwah dipercayai tidak tahu tentang hutang tersebut.Pemberi pinjaman turut memerlukan wang bagi komitmen sendiri.Warganet beri pelbagai pandangan termasuk cadangan menghalalkan hutang.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku buntu, kasihankan arwah dan isterinya tapi dalam masa sama aku perlukan juga duit itu," katanya.Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata memahami dilema dihadapi lelaki tersebut."Aku pernah berdepan situasi sama, aku minta pandangan seorang imam. Saranannya adalah halalkan bagi permudah urusan alam akhirat. "Tuhan sedang menguji kau dan keluarga kawan kau. Kau diuji tentang keikhlasan, isteri kawan diuji tentang erti kehilangan," komen netizen.