suria

Dugaan hari pertama mula kerja baharu, motosikal Yamaha 125ZR bapa 2 anak lesap... Pencuri selamba bawa ‘keluar’ ikut laluan kereta

Motosikal miliknya yang hilang akibat dicuri penceroboh bangunan.

BARU sahaja ingin meraikan kegembiraan memulakan kerjaya baharu selepas kehilangan pekerjaan awal Ramadan lalu, bapa dua cahaya mata ini sekali lagi diuji.

Lebih menambah pilu apabila dugaan tersebut datang pada hari pertama dia sepatutnya melaporkan diri.

Meluahkan kesedihan kepada mStar, Mohd Syazani Ali Mohtar berkata, semasa ke ruang parkir kenderaan untuk ke tempat kerja, dia mendapati motosikal jenis Yamaha 125ZR miliknya hilang.

"Pada 1 April, saya sepatutnya report duty untuk hari pertama bekerja di Bangsar South. 

Individu terbabit dirakam menggunakan laluan kereta dan tidak memakai topi keledar.

Individu terbabit dirakam menggunakan laluan kereta dan tidak memakai topi keledar.

"Ketika hendak hantar anak saya ke sekolah agama sebelum ke tempat kerja, saya dapati motosikal saya sudah tiada," luahnya yang menetap di Kajang, Selangor.

Menurutnya, motosikal berwarna biru itu telah diletakkan di tempat parkir pada pukul 9.30 malam, 31 Mac lalu dengan keadaan berkunci.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan letak kenderaan mendapati motosikalnya 'keluar' menggunakan laluan dikhususkan untuk kereta.

  • Lelaki teruja mula kerja baharu selepas hilang pekerjaan awal Ramadan.
  • Motosikal Yamaha 125ZR hilang pada hari pertama lapor diri di Bangsar South.
  • Sedar motosikal lesap ketika mahu hantar anak ke sekolah agama.
  • Dakwa berlaku kecuaian keselamatan kondominium hingga pencuri mudah keluar.
  • Insiden jejaskan kewangan kerana gaji pertama bakal dipotong.

"Ada faktor kecuaian pada bahagian sekuriti kerana telah membenarkan pencuri keluar membawa motosikal saya pada 1.30 pagi di tempat laluan kereta.

"Laluan motosikal berada di tempat lain dan pencuri juga memasuki kawasan kondominium dengan memanjat pagar.

"Tingkah lakunya gagal dikesan oleh pihak sekuriti," tambahnya menceritakan keadaan bagaimana motosikal yang kini berharga sekitar RM12,000 'dilarikan'. 

Dia yang kini bekerja sebagai sales training berkata, situasi dialami itu menyebabkan gaji pertamanya bakal ditolak majikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih terpaksa gadai cincin kahwin isteri... Bekas pakar syarikat minyak terduduk hilang kerja, jual Quesillo langsai komitmen RM10,000 sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun berniaga asyik rugi, keluarga porak peranda! Pemuda 25 tahun tak mampu lagi hadap ujian hidup

Meskipun kecewa dan sedih, namun bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu setiap dugaan hadir bersama hikmah yang tersendiri.

Kisah Mohd Syazani sebelum ini pernah tular selepas dia kehilangan pekerjaan sehingga terpaksa menggadai cincin emas milik isterinya untuk kelangsungan kehidupan.

Bagaimanapun bekas pakar pembangunan organisasi di sebuah syarikat minyak terkemuka dan berpengalaman dalam bidang latihan dan pembangunan pekerja itu memulakan bisnes Quesillo bagi menampung komitmen bulanan yang mencecah RM10,000.

Artikel Lain