Pasangan disaran berbincang secara terbuka mengenai batas dan kebebasan masing-masing sebelum berkahwin bagi mengelakkan konflik pada masa depan. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah perhubungan, sikap saling memahami dan menghormati ruang peribadi antara pasangan sememangnya menjadi salah satu kunci utama kepada kebahagiaan rumah tangga.Begitulah dilema yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia mengakui berasa sangat sedih selepas mengetahui pendirian tunangnya mengenai soal kebebasan untuk berkawan selepas mereka berkahwin kelak. Menurut wanita itu, perbualan tentang topik tersebut berlaku ketika mereka sedang berbual santai menjelang hari bahagia yang hanya tinggal sebulan sahaja lagi."Sedihnya rasa. Lagi sebulan nak kahwin, saja borak dan tanya tunang... lepas kahwin izinkan tak saya keluar dengan kawan, staycation?"Dan dia cakap tak, dia tak izinkan," kongsinya membuka cerita menerusi satu luahan sayu di media sosial.Komunikasi yang baik dan sikap saling memahami antara pasangan amat penting sebelum melangkah ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan AILebih membuatkan hatinya terkilan apabila rakan-rakan yang dimaksudkan bukanlah kenalan baharu, sebaliknya merupakan sahabat rapat yang sudah dikenalinya sejak zaman sekolah rendah lagi."Mind you, itu sajalah kawan aku sejak sekolah rendah."Memang satu circle tu je dan agak sedih sebab takkan la sebab kahwin, kena tinggalkan semua pasal diri kita?" luahnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Tak suka kena tinggal, isteri mengaku guna cara halus halang suami keluar lepak... Otak sentiasa ligat cari helahARTIKEL BERKAITAN: Kenal sebulan dah kongkong, suruh berhenti buat ‘master’! Wanita trauma lepas jumpa ‘jodoh’ pilihan datukWanita tersebut turut mempersoalkan mengapa ada segelintir lelaki sukar memahami bahawa seseorang isteri juga memerlukan ruang untuk mengekalkan hubungan persahabatan yang sudah lama terbina.Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.Ramai berpendapat komunikasi dan persefahaman sebelum berkahwin sangat penting bagi mengelakkan timbulnya rasa terkongkong selepas mendirikan rumah tangga.Seorang wanita terkilan apabila bakal suami enggan membenarkannya keluar dengan kawan-kawan selepas kahwin.Perkara itu ditanya sebulan sebelum mereka dijadual untuk diijabkabulkan.Dia sedih kerana anggap bakal suami seperti mengongkong.Menurutnya, kawan-kawannya itu sudah lama dikenali sejak sekolah rendah.Netizen tampil memberi pendapat dan nasihat agar berkomunikasi supaya tak timbul isu.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, ada juga yang berpandangan bahawa selepas berkahwin, seseorang isteri perlu bijak menjaga hati suami dan meletakkan batas tertentu dalam pergaulan demi menjaga keharmonian rumah tangga. "Orang lelaki ni tak susah pun awak. Ambil je hati dia."Perlahan-lahan la kenalkan kawan tu, lepak sekali. Aduh janganlah 'tegak' sangat dik, lelaki ni boleh dipujuk kot."Lepas kahwin, suami tu adalah sahabat baik kita. Nak pergi jumpa kawan, pergi la sekali dengan suami, pegi cafe, pergi food hunting," demikian antara komen netizen.