Kehadiran ibu bapa ke rumah anak bukan sekadar untuk bertanya khabar, sebaliknya bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. -Gambar hiasan AI
PERASAAN kecil hati dan tersisih apabila melihat layanan berat sebelah ibu bapa terhadap adik-beradik lain sememangnya menjadi 'duri dalam daging' yang sukar untuk dielakkan.Meskipun ramai yang memilih untuk memendam rasa demi menjaga keharmonian keluarga, namun hakikatnya impak emosi akibat terlalu lama dipinggirkan sukar sekali untuk disembunyikan. Realiti pahit itulah yang terpaksa dilalui seorang wanita apabila dia mengakui berasa sangat sedih apabila ibunya didakwa lebih kerap mengunjungi rumah si kakak, walaupun mereka dua beradik tinggal berdekatan."Rumah kakak saya dekat dengan rumah saya, kami satu taman. Tapi mak suka sangat-sangat datang rumah kakak. Liat sikit nak singgah rumah saya," tulisnya dalam luahan di Threads.Layanan pilih kasih oleh ibu bapa boleh membuatkan anak makan hati. -Gambar hiasan AILebih membuatkan dia terkilan apabila ibunya pernah dikesan bertandang ke rumah kakak secara senyap tanpa pengetahuannya."Ada satu kali tu, anak saya nampak opah dia dekat rumah Maklong dia. Kalau anak tak cakap yang dia nampak opah dia, saya pun tak tahu mak datang."Mungkin sebab saya anak ramai kot, serabut sikit. Kakak pula anak baru seorang," kongsinya.ARTIKEL BERKAITAN: Kakak dapat cincin emas, adik habuk pun tiada! - Anak kedua sayu jadi mangsa pilih kasih, tak pernah dapat hadiah daripada ibuARTIKEL BERKAITAN: Anak sulung ‘makan hati’ sikap ibu pilih kasih, rasa macam yatim piatu... “Dia puji adik bagai malaikat”Menurut wanita tersebut, setiap kali ibunya menjejakkan kaki ke rumah kakaknya, kehadiran warga emas itu kebiasaannya mempunyai perancangan untuk keluar berseronok atau baru sahaja pulang bercuti bersama-sama."Tiap kali pergi rumah kakak mesti sebab nak pergi jalan atau baru balik berjalan. Saya pula kerja, urus anak-anak."Tapi mak selalu bercerita pasal kakak kerap pinjam duit, hutang banyak."Walaupun susah, kerap juga mereka berjalan. Bayar guna Atome pun tak apa katanya, janji berjalan," luahnya lagi.Seorang wanita kecil hati gara-gara ibunya selalu datang ke rumah kakaknya.Padahal dia dan kakaknya itu menetap di kawasan perumahan yang sama.Dia menganggap mungkin ibunya kurang selesa di rumahnya kerana ramai anak-anak.Netizen berpendapat ibu wanita itu mungkin mahu membantu kakaknya dan memintanya tidak memendam perasaan.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsiannya itu meraih perhatian warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasib wanita berkenaan selain menasihatinya supaya tidak memendam perasaan terlalu lama.Ada netizen yang berpendapat ibunya lebih cenderung memberi perhatian kepada kakak kerana dilihat lebih memerlukan bantuan."Rasanya bukan sebab tak suka awak tapi disebabkan dia tahu anaknya lagi seorang tengah susah."Mungkin mak rasa kakak lebih memerlukan dia sebab kakak tengah susah," komen netizen.