suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kau jangan kacau, nanti aku lempang!” - Berang katil digoncang, taktik berani wanita ini buat hantu di Turkiye ‘insaf’

Kisah mistik bersifat universal, merentas pelbagai budaya dan benua. -Gambar hiasan AI

KISAH seram dan entiti mistik sememangnya sentiasa berjaya mencuri perhatian netizen setiap kali ia dikongsi secara terbuka di media sosial.

Terbaharu, seorang rakyat Malaysia meraih perhatian ramai selepas menceritakan pengalaman mistik yang dialaminya ketika menetap di Jepun.

"Wahai rakyat Malaysia di luar negara, cuba cerita pengalaman nampak hantu dekat sana. Asyik-asyik hantu Malaysia je.

"Pengalaman saya, malam pertama pindah rumah baru di Jepun. Terjaga tengah malam, nampak lembaga hitam macam orang tengah melekat terbalik atas siling," ujarnya.

Perkongsian oleh pelayar Threads dikenali sebagai Keris Katana itu tular di aplikasi Threads sehingga ia menerima hampir 200 komen netizen.

Menurut seorang lagi wanita, dia pula pernah berdepan pengalaman pelik ketika menginap di sebuah rumah di Bursa, Turkiye.

"Check in petang, buka tingkap dapur, setentang dengan kubur lama. Dekat sangat. Gatal pergi 'tegur' waktu Maghrib. Masa tu tengah masak nasi di dapur, saya berdua je dengan suami.

Segelintir rakyat Malaysia mendakwa mereka mengalami gangguan misteri ketika berada di luar negara. -Gambar hiasan

"Kemudian masa suami di ruang tamu. Saya masuk bilik sekejap. Tiba-tiba katil bergegar tau, kuat sangat. Macam orang goncang. Toleh belakang, tiada siapa pun.

"Saya turun katil dan cuba goncang tapi tak boleh pun sebab katil berat gila. Terus saya jerit... kau jangan nak kacau-kacau, aku penat nak rehat, nanti ada yang kena lempang.

"Terus tiada gangguan lepas tu. Padahal masa tu suami tak masuk bilik pun," dedah wanita itu pula.

Menurut seorang lagi wanita, dia juga pernah diganggu kehadiran makhluk misteri ketika menginap di rumah mentuanya di Jerman.

"Nampak lembaga dalam bilik tidur di rumah mentua. Saya terjaga daripada tidur pukul 4 pagi, nampak ada benda hitam, tinggi sampai siling berdiri di hujung kaki.

"Tiga saat je nampak benda tu. Mungkin bilik tu tak guna sangat, maka ia jadi 'laluan' benda tu. Seram lihat bentuknya, nasib baik tak nampak muka," kongsinya pula.

Artikel Lain