Seorang anak bersyukur tindakan bapanya menggunakan wang hantaran bagi perkara bermanfaat. -Gambar hiasan AI
LAZIMNYA wang hantaran digunakan bagi menampung kos kenduri atau sebagai simbol penghargaan kepada pihak pengantin perempuan.Namun berbeza bagi wanita ini apabila wang hantaran diterimanya sebanyak RM12,000 lapan tahun lalu digunakan bapanya untuk tujuan berbeza. Wanita itu mengakui pada peringkat awal dia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu kerana merasakan ia sepatutnya dibelanjakan untuk urusan perkahwinannya.Namun kini dia mula memahami tindakan bapanya dan bersyukur dengan keputusan dibuat lelaki berkenaan.Setiap ibu bapa punya perancangan terbaik untuk anak-anak. -Gambar hiasan AI"Ayah minta hantaran RM12,000 daripada keluarga suami tapi bukan untuk majlis (perkahwinan) tapi nak buat rumah singgah."Awal-awal itu memang saya tidak setuju tapi sekarang saya bersyukur dan berterima kasih kepada ayah," katanya.Jelasnya, dia hanya mempunyai adik-beradik perempuan, justeru rumah singgah tersebut memudahkan urusan apabila pulang berkumpul bersama keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat sebab ‘kaki’ masjid, pelajar tahfiz... Wanita menyesal nikah tanpa wang hantaran, suami langsung tak hargai pengorbanan"Kalau saya balik beraya, suami boleh duduk dalam rumah singgah ini kalau saya nak melepak dengan adik-beradik perempuan di rumah utama."Jadi tidak perlulah kami adik-beradik 24 jam memakai tudung sebab ada ipar lelaki. Terima kasih ayah," katanya.Katanya rumah singgah berkonsepkan kampung itu dibina secara sederhana dengan keluasan bilik utama dianggarkan sekitar 16.5 meter persegi dilengkapi bilik air. Wang hantaran RM12,000 digunakan bapanya untuk rumah singgah.Pada awalnya wanita itu kurang setuju, kini bersyukur.Rumah memudahkan suami tinggal berasingan semasa berkumpul.Bilik utama seluas kira-kira 15.6 meter persegi dengan bilik air luar.Perkongsian itu mendapat pujian netizen.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang memuji dengan tindakan bapa wanita tersebut berfikir selangkah ke hadapan."Visi masa depan ayah awak memang hebat. Dia nak semua selesa, termasuk menantu lelaki."Kadang-kadang kita sukar faham, namun ayah pandang jauh. Faham syariat dan adab," komen warga maya.