BUKAN pilih kasih, namun emosi seorang ibu juga ada turun naiknya.Demikian situasi dialami seorang wanita ini yang mengakui berdepan konflik perasaan apabila sukar mengawal kemarahan terhadap anak keduanya, meskipun menyayangi kanak-kanak tersebut. Menerusi perkongsian di laman sosial, dia yang merupakan ibu kepada tiga orang anak perempuan berusia sembilan tahun, tiga tahun dan lima bulan itu berkata, keadaan tersebut berlaku kerana kerenah anak keduanya itu yang kerap mencabar serta menguji kesabarannya. Tiada anak yang patut dipinggirkan dalam soal perhatian dan kasih sayang. -Gambar hiasan AI"Kadang sampai saya tak boleh handle, saya memang bagi terus dekat ayah dia. "Saya tak tahu kenapa. Kadang-kadang saya rasa macam menyampah sangat dengan perangai dia yang seperti minta perhatian."Kalau dia bergaduh dengan kakak atau buat perangai, memang saya marah dia je. Kakak dia saya marah biasa-biasa je. Yang kedua ni saya marah betul-betul sampai tak boleh tengok muka dia," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: Diberi makan sedap, belikan motosikal baharu... Gadis terkilan mak ayah lebih sayang anak lelaki, disuruh makan sisa 'fast food' adikARTIKEL BERKAITAN: Hanya kerana sebiji telur, anak terasa hati bertahun-tahun... Sedih ibu tak jaga perasaan walaupun bagi duit belanja setiap bulanNamun di sebalik kemarahan yang dihamburkan, wanita tersebut kemudiannya akan mengalirkan air mata lantaran diselubungi rasa bersalah."Walaupun rasa macam tu, tapi saya belum tahap dera anak lagi."Apabila dia tidur, saya rasa kasihan. Saya tahu mungkin dia cemburu sebab perhatian saya lebih pada adik yang masih kecil," katanya lagi.Seorang ibu mengaku sukar kawal kemarahan terhadap anak kedua walaupun menyayanginya.Dia mempunyai tiga anak perempuan dan mengakui anak kedua sering menguji kesabaran serta emosi.Ibu tersebut cenderung memarahi anak kedua dengan lebih keras berbanding anak sulung, terutama apabila berlaku pergaduhan.Dia kemudian dilanda rasa bersalah dan kasihan, menyedari anak itu mungkin cemburu dengan perhatian kepada adik kecil.Perkongsian itu mendapat reaksi ramai ibu lain yang berkongsi pengalaman sama serta memberi sokongan dan nasihat.Ringkasan ini dijana oleh AIWanita berkenaan turut mengakui dia menyayangi kesemua anaknya, namun berasa takut dengan emosi negatif yang hadir tanpa diduga.Malah, dia juga belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut dengan suaminya memandangkan anak kedua itu merupakan anak yang sangat dinanti-nantikan selepas melalui tempoh TTC (trying to conceive) yang panjang."Saya sayang anak-anak saya dan saya tak suka apabila ada perasaan macam ini. Saya harap ia hanya sementara."Ada ke ibu-ibu yang macam saya? Macam mana ye nak hilangkan perasaan macam ni," luahnya lagi.Netizen tampil berkongsi pandangan dan nasihat. Di ruangan komen, rata-rata warga maya khususnya golongan ibu tampil berkongsi pengalaman hampir sama selain memberikan kata-kata sokongan kepada wanita berkenaan.Ada yang berpendapat situasi tersebut adalah perkara biasa, terutama apabila anak berada dalam fasa mencari perhatian selepas kehadiran adik baharu dalam keluarga.Ada juga yang mencadangkan agar wanita tersebut meluangkan masa berkualiti dengan anak-anaknya bagi mengurangkan rasa cemburu selain membantu mengeratkan hubungan.