Ada kalanya tutur kata seorang ibu boleh membuatkan anak terasa hati sehingga menyimpan dendam. -Gambar hiasan AI
DALAM sesebuah keluarga, perkara kecil kadangkala boleh menjadi punca tercetusnya rasa terkilan yang dipendam bertahun-tahun.Demikian juga dengan kisah dikongsikan wanita ini yang meluahkan kekecewaan terhadap ibunya yang didakwa bersikap pilih kasih antara anak-anak. Menurutnya, satu kejadian kecil berkaitan makanan beberapa tahun lalu sudah cukup membuatkan hatinya tergores sehingga kini.ARTIKEL BERKAITAN: Ada cucu kesayangan, terang-terangan pilih kasih.... Menantu 'angin' sikap ibu mentua - "Tak boleh tengok anak aku lawa"ARTIKEL BERKAITAN: Dulu buat 'part time' demi sambung belajar, adik pula semua ditanggung siap nak hantar ke 'overseas'... Wanita pertikai sikap ibu"Masih segar di fikiran, anak aku suka telur. Masa tu aku balik rumah parents aku, telur tinggal sebiji. Aku pun ambil dan goreng untuk anak aku yang baru umur dua tahun masa tu."Aku ingat nak ganti balik kalau aku keluar pergi kedai, tapi aku terlupa."Tak sangka mak aku sampai cakap... anak kau suka makan telur, kau beli la telur banyak-banyak. Ini sampai habis telur dekat rumah ni," tulisnya dalam hantaran di Threads.Sikap pilih kasih boleh membuatkan anak-anak terasa hati. -Gambar hiasan AIMengakui terasa hati dengan teguran berkenaan, wanita itu berkata dia bertekad untuk tidak lagi memberi anaknya makan atau mengambil apa-apa makanan dari rumah ibunya sejak kejadian tersebut.Bukan hanya disebabkan kes sebiji telur itu sahaja, lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan mendakwa ibunya tidak pernah cuba menjaga hatinya walaupun dia banyak berkorban untuk keluarga."Aku la yang beli barang dapur rumah tu. Bagi duit tiap-tiap bulan. Bapa sakit pun minta duit dekat aku. Anak laki dia mana? Adik-beradik lain mana?"Mak aku jaga anak abang aku, bulan-bulan abang aku bayar mak aku. Ada la abang aku terlupa bayar sebulan dua, sepatah haram mak aku tak cakap apa-apa dekat abang aku."Aku nak highlight layanan dia dekat aku. Tak boleh ke cakap elok-elok? Kenapa nak kena pilih kasih. Alih-alih masa susah cari aku," tulisnya lagi. Seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa ibunya bersikap pilih kasih antara adik-beradik.Insiden sebiji telur yang digoreng untuk anaknya membuatkan dia terasa hati selepas ditegur kononnya menghabiskan stok di rumah.Sejak kejadian itu, dia tidak lagi mengambil makanan di rumah ibunya dan memilih untuk membeli sendiri.Wanita berkenaan mendakwa dia banyak membantu keluarga dari segi kewangan, namun layanan terhadapnya berbeza berbanding abang.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsiannya mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati lantaran ada yang pernah berdepan situasi serupa.Ada yang menyarankan supaya dia tidak mengambil hati dan memaafkan ibu sendiri, namun ada juga menasihatkannya supaya meletakkan sempadan agar tidak terus makan hati. Pilih kasih terhadap anak-anakMemetik laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sifat pilih kasih ibu bapa kepada anak-anak merupakan perkara yang dibenci dalam agama kerana perbuatan tersebut hanya akan mengundang kebencian sesama keluarga terutamanya dalam kalangan adik-beradik.Dalam hal kehidupan berkeluarga, ibu bapa dilarang untuk membeza-bezakan setiap anak tidak kira sama ada anak lelaki atau anak perempuan.Menurutnya, keadilan dan kesamarataan adalah suatu perkara yang dititikberatkan dalam Islam bagi memastikan kesejahteraan dalam keluarga.