SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila suaminya tidak membenarkan dia dan anak-anak ikut bersama selepas mendapat tawaran kerja di luar negara.Menurut wanita itu, suaminya memberikan alasan kos sara hidup di negara berkenaan terlalu tinggi, tambahan pula anak-anak masih bersekolah. Justeru, dia diminta untuk terus menetap di Malaysia dan menguruskan anak-anak manakala suami akan memberi wang setiap bulan seperti kehidupan pasangan jarak jauh (PJJ) lain."Suami saya dapat tawaran kerja dekat luar negara. Gaji empat kali ganda tapi dia tak bagi anak bini ikut. Suami patut bincang dengan isteri sebelum membuat keputusan libatkan perkara besar. -Gambar hiasan AI"Suami takut belanja mahal dekat sana sebab anak sekolah semua. Suruh aku duduk Malaysia uruskan anak. Nanti dia bagi duit," ceritanya di laman X.Bagaimanapun, wanita itu mengaku tidak mampu memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak sendirian sambil bekerja. Dia menyuarakan hasrat untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa, namun cadangan tersebut dipertikaikan suaminya."Bila saya kata nak jadi house wife sebab tak mampu uruskan anak-anak seorang sambil kerja, suami tak setuju dia pertikai pula kenapa saya nak berhenti kerja," katanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Gaji besar kerja di Singapura, kawan-kawan seronok ‘pau’! Asyik minta belanja tapi tak pernah ucap terima kasihARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak kerja luar negara, makcik perlekeh ‘rider’ tiada pelajaran - “Tapi saya jumpa mak setiap hari”Luahan tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mempunyai pendapat sendiri terhadap situasi dirinya.Ada yang mencadangkan agar wanita itu meminta suami menyenaraikan secara terperinci kos perbelanjaan di luar negara dan bandingkan dengan jumlah gaji diterima."Suruh suami awak tunjuk apa dia belanja yang mahal tu. Senaraikan satu persatu dan tunjuk gaji dia sekali. Suami saya pula selalu cakap, kalau dia dapat kerja luar negara nanti, dia nak bawa keluarga."Ataupun awak minta nak ada seorang pembantu rumah buat kerja harian datang rumah, kalau tidak awak berhenti kerja. Duit dia sudah banyak kan," komen seorang netizen.Suami dapat kerja luar negara, tapi tak benarkan isteri dan anak ikut.Isteri diminta urus anak di Malaysia walaupun suami bergaji empat kali ganda.Hasrat berhenti kerja ditolak, suami mahu isteri terus bekerja.Netizen persoal kenapa keluarga tidak dibawa bersama.Ada juga yang nasihatkan isteri kekalkan kerja sebagai persediaan.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam pada itu, terdapat juga netizen yang memahami kebimbangan si suami dan berpendapat keputusan untuk tidak mebenarkan isteri berhenti kerja adalah langkah lebih selamat."Dia ada alasan yang munasabah. Gaji bila tukar ke ringgit memang tinggi. Dekat negara luar memang perbelanjaan tu ikut kos dekat sana."Kalau saya pun tak akan berhenti kerja. Kita kena ada rancangan lain sendiri sebagai persediaan. Awak minta je dia uruskan bab pembantu rumah," komen seorang lagi netizen.