TAK siapa akan menolak jika mendapat tawaran kerja dengan gaji lumayan.
Disebabkan pendapatan bulanan yang tinggi juga, ramai rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk bekerja di Singapura.
Malah, ada yang sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan (cleaner) kerana gaji lumayan berikutan mata wang dolar Singapura lebih kukuh berbanding ringgit.
"Jujur kata memang gaji besar, tapi aku ada tanggungjawab dekat famili," kata seorang pemuda berusia 25 tahun menerusi satu hantaran di laman sosial.
Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura. -Gambar hiasan
Bersyukur mempunyai gaji tinggi, seorang individu bagaimanapun membuat luahan tentang hubungannya dengan rakan-rakan.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja di Singapura, ramai anggap gaji tinggi! Isteri di Malaysia sukar pinjam duit rakan, tak siapa percaya diri tengah ‘pokai’
ARTIKEL BERKAITAN: Gaji lumayan, jadi ‘cleaner’ pun sanggup! Pemuda nak sangat kerja di Singapura, tawar saguhati jika bantu dapatkan pekerjaan
Disebabkan gajinya yang lumayan, dia tidak berkira untuk belanja rakan-rakan sekali gus dapat menjaga hubungan baik dengan mereka.
"Aku sejenis yang sayangkan hubungan keluarga dan kawan.
"Setiap kali keluar dengan kawan-kawan, aku selalu offer untuk bayar (belanja)," ujarnya.
Kawan-kawan rapat sebab hang berduit, nak belanja.
NETIZEN
Namun katanya, lama-kelamaan keadaan itu menjadi kebiasaan buat rakan-rakannya.
"Masa nak bayar, semua tunggu aku hulur," tambahnya.
Menghabiskan masa bersama rakan-rakan di kedai makan. -Gambar hiasan
Apa yang dikesalkannya bukan kerana banyak wang dihabiskan setiap kali keluar berjumpa rakan-rakan, sebaliknya dia merasakan kebaikannya seolah-olah tidak dihargai.
"Tak ada seorang pun nak kata terima kasih ke bila aku belanja sekarang.
"Patut ke aku kekalkan circle aku sekarang ni ke tanpa sedar aku dah ada kawan yang toksik," soalnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan dan reaksi dalam kalangan netizen.
"Kawan-kawan rapat sebab hang berduit, nak belanja.
"Lepas ni tak ada lagilah," demikian antara komen netizen.