suria
mStar - Urban.Versatil

Suami tak selesa tengok isteri 'bela' adik malas bekerja, dah tegur tapi dibidas tiada hak ke atas gaji

Seorang isteri perlu menghormati suami walaupun mempunyai gaji sendiri. -Gambar hiasan AI

PERBEZAAN pandangan mengenai pengurusan kewangan membuatkan seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila isterinya dilihat terlalu memanjakan adik sendiri dengan 'menaburkan' wang gaji setiap bulan.

Menerusi luahan dibuat, lelaki itu berkata adik iparnya tidak mempunyai pekerjaan tetap, kerap bertukar kerja dan lebih banyak membuang masa tanpa menunjukkan kesungguhan untuk memperbaiki kehidupan.

"Adik ipar tak ada kerja tetap. Dia kerap berhenti kerja dan kerja semula. Banyak buang masa melepak dan tak pernah serius mengenai kehidupan," luahnya di Facebook.

Namun apa yang lebih membuatkan dia terkilan apabila setiap kali adik iparnya meminta wang, isterinya tidak pernah menolak permintaan tersebut.

Setiap masalah dalam rumahtangga perlu diselesaikan bagi mengelakkan ia berlarutan. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, perkara itu sudah lama berlaku sehingga dia merasakan adik iparnya semakin selesa bergantung kepada kakaknya tanpa ada usaha untuk berdikari.

"Bila aku tegur bini, katanya itu adik dia dan duit yang dia bagi tu duit dia. Aku sebagai suami jangan masuk campur.

"Pendirian aku dan isteri berbeza. Cara aku bukan bagi duit dan biar dia berdikari. Bini pula manjakan adik dia dengan duit," katanya.

Situasi yang berlaku dalam rumah tangganya ini membuatkan dia terfikir sama ada wajar atau tidak dia masuk campur urusan dua beradik itu yang melibatkan isteri serta adik iparnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku lelaki, ada nafsu!” - Pemuda terlanjur dengan kakak ipar sampai mengandung, menyesal tak terdaya tolak godaan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

Luahan tersebut menarik perhatian warga maya yang rata-ratanya memahami kegusaran lelaki berkenaan.

Malah ada yang berpendapat isu itu wajar dibincangkan secara matang antara suami dan isteri kerana melibatkan kewangan rumah tangga.

"Ada hak. Kalau tiada hak maksudnya belum jadi pasangan suami isteri.

"Yang penting kau sudah beri teguran dengan cara baik. Sudah lepas tanggungjawab kau. Lepas ni tak perlu tegur nanti jadi modal bergaduh kau dengan dia pula," komen beberapa netizen.

  • Bantuan kewangan isteri kepada adik ipar jadi punca suami terkilan.
  • Adik ipar tiada kerja tetap, sering bergantung pada kakaknya.
  • Suami mahu dia berdikari, bukan terus diberi duit.
  • Isteri anggap wang itu hak peribadi, suami tak perlu campur.
  • Netizen sarankan bincang baik demi keharmonian rumah tangga.

Hak suami terhadap gaji atau pendapatan isteri

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami tidak mempunyai hak ke atas gaji isteri kerana wanita tidak diwajibkan mencari nafkah.

Katanya, suami tidak boleh menggunakannya kerana ia tetap milik isteri.

Azhar turut menegaskan, isteri tidak wajib menanggung perbelanjaan rumah tangga kerana tanggungjawab makan minum, tempat tinggal dan pakaian kekal di bawah tanggungan suami.

Artikel Lain