RASA tidak puas hati disebabkan layanan tidak seimbang atau pilih kasih dalam keluarga biasanya akan membuatkan seseorang itu makan hati atau paling teruk, terjejas hubungan baik.Situasi sedemikian turut dilalui wanita ini yang mendakwa ibu mentuanya bersikap pilih kasih dengan mempunyai cucu kesayangan, membuatkan dirinya berkecil hati dan tertekan setiap kali pulang ke rumah keluarga suami. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata 'cucu kegemaran' mentua adalah anak kepada anak perempuannya sendiri."Mak mentua aku ada cucu favourite. Sebenarnya aku tak kisah pun dia ada cucu kesayangan ke... tak suka anak aku ke. Aku tak peduli.Pengalaman pahit dilalui zaman kanak-kanak boleh memberi kesan sehingga dewasa. -Gambar hiasan AI"Tapi setiap kali aku datang rumah mentua, kalau dia nampak anak aku pakai baju baru ke mesti dia cakap kenapa tak beli dekat Sy*r (cucu kesayangan) sekali? Nanti ma bagi la duit," ceritanya di Thread.Situasi seperti ini dikatakan berlaku hampir setiap kali mereka berkunjung ke rumah mentua, sehinggalah dia pernah berseloroh dengan suaminya agar mahu membiarkan anak perempuan mereka memakai pakaian lama sahaja."Sampai aku cakap dekat suami bagi N*sy (anak pengadu) pakai baju buruk je la pergi rumah mama. Dia memang tak boleh tengok anak aku lawa, dia rasa kalau Sy*r pakai lagi lawa," katanya.Dia turut berkongsi satu insiden yang benar-benar membuatkan hatinya terguris, apabila ibu mentua meminta supaya pakaian baharu anaknya diberikan kepada cucu kesayangan.ARTIKEL BERKAITAN: Gelang emas pemberian nenek tak ‘kosong’, cucu kesayangan derita kandungan kerap gugur... Ustaz kata ‘benda’ tu makan janinARTIKEL BERKAITAN: Wanita benci nenek pilih kasih! Suruh bayar mi segera RM1, cucu kesayangan dapat makan ‘free’ - “Dia pastikan gaji aku lebih rendah”"Ada satu masa tu, aku beli baju seksi dekat anak yang berusia satu tahun. Baju tu agak kemas tapi tidaklah ketat sebab memang jenis getah jadi melekat dekat badan bila pakai."Mak mentua aku tengok dan cakap dekat anak aku, N*sy boleh tak bagi baju ni dekat Sy*r? Awak dah tak muat ni," wanita itu mengimbas kata-kata mentua.Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyuarakan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.Wanita dakwa mak mentua pilih kasih terhadap cucu hingga dirinya makan hati.Mentuanya dikatakan mempunyai 'cucu kegemaran' daripada anak perempuan sendiri.Anaknya sering dipersoalkan setiap kali memakai baju baharu.Mak mentua juga didakwa meminta baju anaknya diberikan kepada cucu kesayangan.Perkongsian itu mengundang simpati netizen gara-gara nenek bersikap pilih kasih.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tolong pakaikan lawa-lawa dan berjenama dekat anak. Kalau boleh pakaikan kepuk-kepuk biar juling mata nenek dia tengok."Lepas tu bila cucu-cucu tu sudah besar, nenek buat pelik kenapa budak tu tak nak balik rumah dia. Menyampah tau nenek jenis pilih kasih ni."Kenapa ya mak-mak mentua ni selalu rasa cucu dari anak perempuan dia paling nombor satu. Padahal cucu dari anak lelaki la yang betul-betul keturunan dia," antara komen netizen.