SELEBRITI Korea Selatan menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia kerana rupa paras mereka yang menawan.Namun, seorang pemuda Malaysia membuat kesimpulan sebaliknya selepas dia sendiri menjejakkan kaki ke negara itu. Dalam hantaran di Thread, dia berkata wajah lelaki Malasia jauh lebih kacak jika mahu dibandingkan dengan warga Korea.Artis Korea menjadi kegilaan peminat di seluruh dunia. -Gambar hiasan AI"Maaf kepada peminat Korea atau K-Pop. Ini mungkin menyakitkan hati anda sikit, tapi ini fakta ya. Lelaki Melayu lebih kacak daripada lelaki Korea."Ini benar. Jalan di kawasan Myeondong, Isadong, Hanok... dalam 30 orang Korea, baru nampak dua orang yang betul-betul wajah K-Pop."Tapi perempuan Korea memang stok K-Pop. Dalam 30 orang, sekitar 10 ke 15 orang yang lawa. Tapi yang lelaki, maaf cakap, ini fakta," tulisnya.Pemuda Malaysia kongsi pandangannya tentang rupa paras orang Korea Selatan.Ketika berada di Korea Selatan, dia melihat ramai lelaki negara itu berwajah biasa-biasa sahaja.Dia menyifatkan lelaki Malaysia sebenarnya jauh lebih kacak berbanding orang Korea Selatan.Ramai netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan pemuda itu.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran itu dihujani dengan komen netizen yang rata-ratanya merupakan peminat muzik K-Pop dan K-Drama."Peminat K-Pop dan K-Drama tahu je benda ni. Kami minat artis mereka je, bukannya semua manusia dari Korea."Faham dan setuju dengan kenyataan ini, sebab tu la kita minat K-Pop je, bukan minat warganegara sana," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak sengaja basuh pasport ketika di luar negara, wanita kongsi apa perlu dilakukanARTIKEL BERKAITAN: Oppa di LIMA '23 terkedu awek Melayu fasih cakap Korea, rupanya memang sekampung! Sanggup patah balik beri souvenirBebebarapa lagi individu yang pernah pergi ke Korea Selatan turut berkongsi pandangan mereka."Setuju, lelaki Melayu lagi kacak. Tapi bab gentleman, menang kat lelaki Korea. Saya pernah tinggal di sana dulu."Betul, pergi Korea hari tu tak jumpa pun lelaki kacak. Tapi perempuan memang ramai yang cantik," tulis beberapa netizen.