suria

Majlis nak dekat, baru perasan bakal mentua sabotaj tema pakaian... Patutlah lambat beli kain! - "Mak suruh sabar je"

Apabila mengadakan majlis perkahwinan, keluarga kedua-dua belah pihak perlu berbincang untuk capai kesepakatan. -Gambar hiasan AI

MASALAH yang timbul disebabkan sikap bakal mentua membuatkan wanita ini 'pening', apabila dia mendakwa persiapan majlis perkahwinan pada awal Februari ini disabotaj.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berusia 32 tahun ini mendedahkan petanda 'red flag' sudah mula kelihatan sejak perbincangan awal mengenai pemilihan warna pakaian rombongan pihak lelaki dan keluarga tuan rumah.

Menurut wanita itu, dia memberi peluang untuk bakal mentua memilih dahulu warna tema pakaian rombongan lelaki dan rona biru menjadi pilihan.

"Famili saya buat keputusan untuk pilih warna purple (ungu) sebab kami tak nak kacau (elak bertindih) warna pilihan keluarga bakal mentua sebab tu kami biarkan mereka pilih dulu.

Ungu antara warna tema paling popular untuk majlis perkahwinan. -Gambar hiasan AI

"Kemudian famili saya cari kain, pergi tempah baju semua tapi saya perasan famili bakal suami tak mula cari lagi kain masing-masing. Baju famili saya dah siap.

"Saya tunjuk gambar dekat mereka, kemudian bakal mentua macam sengaja tukar warna baju sama ungu macam keluarga saya. Satu famili, makcik, pakcik dan kerabat dia semua suruh beli ungu," ujarnya.

Wanita itu berkata dia amat kecewa kerana perubahan itu hanya diketahui selepas semua tempahan pakaian keluarga pengantin perempuan siap, sekali gus menyukarkan sebarang usaha untuk membuat pertukaran kepada warna lain.

Tambahnya lagi, sebagai tuan rumah sudah tentu dia berasa kurang selesa apabila rombongan lelaki hadir dengan pakaian warna sama seperti keluarganya, juga akan menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ajak ikut rombongan majlis tunang abang, tapi kena scam! Tiba-tiba diminta RM150 bayar duit homestay

ARTIKEL BERKAITAN: Tak nak berhutang, kos kahwin pasangan ini hanya RM2,000... tanpa songket atau lace tetap terserlah seri pengantin! - "Mak ayah sanggup turunkan harga hantaran"

Paling membuatkan dia runsing apabila bakal ibu mentua mahu mengenakan tona yang hampir sama dengan busana nikah pengantin.

"Saya pula jenis pendiam dan tak nak bergaduh. Mak suruh saya bersabar je. Apa boleh saya buat dalam situasi ni? Rasa dia (bakal mentua) sengaja sabotaj sebab tak logik lepas tengok gambar, dia tukar warna sama.

"Sampai sekarang saya tak boleh 'hadam' benda ni. Banyak sangat 'red flag' mula nampak tapi kenduri dekat sangat tak sampai sebulan," luah wanita itu yang buntu memikirkan hal tersebut.

Luahan hatinya mengundang pelbagai respons netizen yang memberi pendapat serta cadangan agar tidak tercetus sebarang konflik memandangkan majlis perkahwinan hampir tiba.

  • Bakal pengantin rasa disabotaj apabila bakal mentua tukar tema warna saat akhir.
  • Keluarga pengantin perempuan pilih ungu selepas pihak lelaki pilih biru.
  • Bakal mentua kemudian turut menukar warna kepada ungu.
  • Perubahan hanya diketahui selepas baju keluarga pengantin perempuan siap ditempah.
  • Pengadu kini hanya mampu bersabar dan cari solusi kecil.

"Mana pengantin lelaki? Sepatutnya bukan awak yang kena jawab tapi dia yang selesaikan masalah ni. Memandangkan awak ada dua majlis, kalau saya... pakai tema ungu tu masa bertandang.

"Jadi famili awak carilah warna lain untuk tidak bertindih sebab nak bezakan kedua-dua belah famili kepada tetamu. Tapi kalau tak nak, cari tudung atau aksesori yang sedondon.

"Yang suruh lari dan sebagainya tu jangan dengar. Benda boleh selesaikan. Kena beritahu dan bincang dengan bakal suami. Jangan cakap apa-apa pada keluarga mentua sebab awak orang luar, jaga perangai," komen seorang netizen.

Jelas wanita itu, bakal suami sudah memberitahu mengenai hal tersebut kepada keluarganya namun ibunya (bakal mentua) tetap berkeras untuk mengenakan juga pakaian berwarna ungu.

Dalam masa sama, wanita itu mengakui kini hanya mampu bersabar dan mencari solusi kecil seperti penggunaan brooch (kerongsang) atau pin untuk membezakan dua ahli keluarga pengantin.

Artikel Lain