suria

Guru terkejut murid sampaikan hajat bapa ajak kahwin, simpati nasib isteri - “Perangai miang macam monyet”

Hubungan antara ibu bapa dengan guru seharusnya hanya melibatkan hal ehwal pelajaran anak. -Gambar hiasan AI

SEPANJANG minggu pertama sesi persekolahan baharu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai hantaran yang memaparkan gelagat kanak-kanak di sekolah.

Aksi dan telatah mereka membuatkan netizen tidak kering gusi lebih-lebih lagi apabila ada yang terpaksa ditenangkan oleh guru.

Bagaimanapun di sebalik kerancakan perkongsian tersebut, terselit usikan netizen yang melontarkan kata-kata tidak sepatutnya di ruangan komen,

Amalan ini sekali gus menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak, termasuklah seorang wanita ini yang berkongsi pengalaman dialaminya sebelum ini.

Perkongsian atau komen berunsur usikan nakal boleh mengundang rasa kurang senang ramai pihak. -Gambar hiasan AI

"Bila tengok cikgu-cikgu tadika yang viral dengan komen bapa-bapa yang serupa tiada adab tu, saya boleh cakap itu memang nyata.

"Tahun 2014, aku pernah jadi guru tadika di Ipoh. Ada satu parents ni, memang selalulah tanya pasal anak dia semua. Sampailah satu hari, anak dia datang dekat aku waktu makan tengah hari.

"Teacher, daddy suruh tanya teacher... nak tak jadi mommy saya? Daddy suka teacher. Principle tengok aku, aku pula hanya mampu memandang semula kanak-kanak perempuan tu," kongsinya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Guru pelatih mengadu malu-malu ditenung pelajar dalam kelas... Ramai persoal kenapa nak segan, bimbang unsur ‘sexual grooming’

ARTIKEL BERKAITAN: Guru TTC menangis kena hambur, murid prihatin pujuk dari luar tandas - “Teacher takkan faham sebab belum ada anak”

Mungkin bagi segelintir individu, perkara tersebut hanyalah gurauan semata-mata dan tidak perlu diambil serius, namun tidak bagi dirinya.

Tegas wanita berkenaan, seorang bapa sewajarnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak dan tidak mengajarnya perkara yang tidak bermoral.  

  • Seorang guru tadika berkongsi situasi berdepan bapa muridnya yang tidak beradab.

  • Muridnya menyampaikan mesej daripada si bapa yang mengajaknya berkahwin.

  • Dia bertegas bapa sewajarnya menjadi teladan baik kepada anak, bukan mengajar perkara tidak bermoral.

  • Dia berasa simpati terhadap ibu muridnya kerana mendapat suami yang miang.

  • Netizen bersetuju komen kurang bermoral tidak wajar dinormalisasikan di media sosial.

"Bapa bodoh manalah cakap benda macam ni dengan anak. Bapa-bapa perangai miang macam monyet ni memang tak tahu malu. Budak-budak ni memang tak tahu apa-apa.

"Sejak hari itu, memang aku tengok bapa dia dengan pandangan yang menjijikkan. Dan aku memandang si ibu dengan rasa sedih.

"Laki dia bodoh. Miang. Bini baik, lembut ni selalu ye dapat laki macam monyet. Kesian," luahnya lagi.

Rata-rata warga maya bersetuju dengan teguran yang disuarakan wanita tersebut dan berpandangan komen-komen berunsur usikan nakal terhadap guru perempuan di media sosial tidak wajar dinormalisasikan. 

Sebahagian daripada komen netizen. 

"Mula-mula rasa la kelakar. Tapi kalau dah banyak kali tengok, rasa macam korang ni takda rasa bersalah ke dekat pasangan?

"Bini-bini tolong pesan dekat laki, jangan komen aneh-aneh dalam media sosial. Kawan-kawan boleh tengok komen kita walau kita post dekat random page.

"Tolonglah beradab dengan orang yang bagi ilmu pada anak kita," demikian antara komen netizen.  

Artikel Lain