suria

Guru pelatih mengadu malu-malu ditenung pelajar dalam kelas... Ramai persoal kenapa nak segan, bimbang unsur ‘sexual grooming’

Seorang guru pelatih memberi penjelasan berhubung video 'content' dirinya yang segan ditenung pelajar ketika sedang mengajar.

KECOH di media sosial mengenai seorang pemuda yang mendakwa sebagai guru membuat content bagi meluahkan rasa malu apabila ditenung pelajarnya ketika dia sedang mengajar di dalam kelas.

Gara-gara luahan tersebut menerusi aplikasi TikTok, terdapat segelintir pihak mempersoalkan guru berkenaan yang disifatkan tidak beretika.

"Kenapa nak segan budak tenung dia mengajar?

"Budak-budak pun kau boleh segan. Ya Tuhan apa nak jadi? Lain la kalau crush atau idola depan mata ke. Sebagai bekas pendidik, saya tak pernah rasa segan dengan budak waktu mengajar," antara komen-komen netizen di laman Twitter.

guru segan pelajar tenung 4

Antara komen-komen netizen.

Malah, ada yang mendakwa luahannya itu mempunyai kaitan dengan pengantunan seksual atau sexual grooming.

Menerusi satu ciapan, seorang pengguna Twitter turut memberi teguran agar mana-mana bakal guru bersikap lebih berhati-hati dalam membuat content di media sosial.

"Bakal graduan guru, tolonglah berfikir sebelum post apa-apa content dan baca banyak buku serta info tentang apa itu groomer dan pedofilia.

"Pekerjaan guru itu mulia, jangan rosakkan. Don't sexualised your students," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru mohon maaf, tandatangan akur janji selepas rotan pelajar tak buat salah sampai berbirat... ibu harap perkara sama tak berulang

ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba 'terkenal', Cikgu Ayu mohon maaf khilaf dalam kata-kata... kini dah tak mahu kongsi tip di media sosial

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di akaun TikTok, pemuda berkenaan memaklumkan dirinya sedang menjalani Program Perantis Guru (PPG) di sekolah.

PPG merupakan program yang bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah.

guru segan pelajar tenung 3

Pemuda berkenaan mendakwa sedang menjalani Program Perantis Guru (PGG).

Namun tidak dimaklumkan tentang sekolah tempat guru pelatih itu mengajar.

Ekoran salah faham yang tercetus, guru pelatih berkenaan kemudian tampil memberi penjelasan menerusi video yang lain yang dimuat naik di TikTok.

"Saya ada upload video dekat TikTok dan content sebenar video itu adalah saya malu kalau pelajar tenung saya waktu saya tengah mengajar. Itu saja yang saya cuba nak sampaikan.

"Tapi ada beberapa pihak yang screenshot part tertentu dan post dekat Twitter dengan mengatakan itu adalah kelakuan groomer," katanya.

Content sebenar video itu adalah saya malu kalau pelajar tenung saya waktu saya tengah mengajar.

GURU PELATIH

Setelah meneliti beberapa aspek dan perbincangan berhubung video yang tular, guru pelatih berkenaan membuat keputusan untuk memadam video tersebut.

Menurutnya, dia juga telah menghubungi beberapa pihak yang menularkan video itu di pelbagai platform media sosial dengan meminta mereka untuk turut memadamnya.

guru segan pelajar tenung 2

Timbul dakwaan mengaitkan 'content' tersebut dengan 'sexual grooming'.

"Pertama sekali, saya nak mohon maaf pada anda yang mungkin merasakan content saya itu agak sensitif.

"Saya pun merasakan mungkin saya terlepas pandang dengan perkara-perkara sensitif walaupun saya buat video bukan pada waktu saya mengajar, bukan waktu bekerja.

"Tetapi saya masih buat video di premis kerajaan dan saya membawa nama sekolah dan nama KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) tempat saya mengajar," ujarnya.

Tambah guru tersebut, dia memahami tentang etika perguruan dan akan lebih berhati-hati dalam membuat content di media sosial pada masa akan datang.

"Saya juga memohon pertimbangan kepada sesiapa yang membuat posting yang mengaibkan saya, untuk take down posting tersebut dengan kadar segera.

"Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada pihak yang berlebih-lebihan mengaibkan saya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain