suria

Kempunan nak makan cukuk-cucuk depan KLCC, wanita ini tersungkur jatuh e-skuter... Dapat 5 jahitan di kepala

Wanita pengsan setelah jatuh daripada e-skuter dinaiki.

KEINGINAN wanita ini untuk bersiar-siar mencari makanan pada waktu malam bertukar menjadi tragedi.

Begitulah apa yang terjadi terhadap Nurul Shanabylla Mohd Rajuna apabila dia terlibat dalam satu kemalangan ketika menaiki e-skuter di sekitar ibu kota.

Katanya, kemalangan yang berlaku pada 2 Januari lalu menyebabkan dia menerima lima jahitan di bahagian kepala.

Mengimbas kembali kejadian berkenaan, Nurul Shanabylla yang senang disapa Bella berkata dia bagaimanapun tidak dapat mengingati secara terperinci apa yang terjadi.

“Masa kejadian tu dah pukul 11.15 malam. Saya teringin sangat nak makan cucuk-cucuk yang dijual depan KLCC (Kuala Lumpur City Centre).

“Saya keluar berseorangan saja malam tu cari makanan. Saya naik beam (e-skuter) dari perumahan di Vortex ke Suria KLCC.

ARTIKEL BERKAITAN: Geng e-skuter pula bikin kecoh, siap bawa kanak-kanak... Main redah tengah jalan, ini namanya menempah maut!

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi basikal lajak: Jurujual wanita dipenjara 6 tahun, denda RM6,000 akibat kematian 8 remaja

“Masa dalam perjalanan nak ke KLCC tu saya tak pasti apa yang terjadi sebab saya pengsan,” ujarnya.

Imbas Bella, setelah sedarkan diri dia melihat orang ramai berkerumun sambil menunggu ambulans.

Menurut Bella, sehingga kini dia masih tidak dapat mengingati punca sebenar kemalangan.

Bella merupakan seorang hairstylist di ibu kota.

Pada malam kejadian juga, Bella menyatakan bahawa dia hanya menggunakan laluan untuk pengguna basikal.

“Saya memang tak pasti sampai sekarang, tak mampu nak ingat balik apa jadi malam tu sebab pengsan. Tapi lepas orang kerumun tu saya sedar sepenuhnya.

“Apabila ambulans sampai, mereka terus balut kepala saya sebab darah keluar tak berhenti. Sampai dua kali terpaksa tukar pembalut supaya darah berhenti. Lepas tu mereka terus bergegas bawa saya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut.

Mujurlah tak ada apa-apa kesan sampingan selepas jatuh terhentak kepala tu.

SHANABYLLA

“Saya tak alami sebarang kecederaan serius. Cuma doktor terpaksa jahit dekat belakang kepala belah kiri. Ada luka juga dekat atas mata belah kiri,” jelas Bella.

Setelah kejadian lebih tujuh bulan lalu, Bella sudah kurangkan untuk bermain atau menunggang e-skuter jika tiada keperluan seperti menunggang alatan itu untuk ke tempat kerja.

Berikutan perkongsiannya di TikTok yang menjadi tular, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman jatuh daripada e-skuter tersebut malah lebih teruk berbanding Bella.

Dalam pada itu, gambar dikongsikan Bella ketika berada di hospital menjadi perhatian warga maya.

Bella mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

“Kebetulan pula masa jatuh tu tak ada saksi yang nampak. Bila tengok balik CCTV (kamera litar tertutup) pun tak nampak apa-apa sebab terhalang dengan kereta lalu lalang.

“Mujurlah tak ada apa-apa kesan sampingan selepas jatuh terhentak kepala tu. Apabila tengok balik dalam telefon pun cuma ada gambar sebelum keluar nak tapau makan saja.

“Gambar saya buat peace sign tu sebab abang ambil gambar untuk dihantar dekat mak. Lagipun memang saya tengah sedar dan dalam keadaan elok saja waktu tu,” ujar Bella lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain