suria

Geng e-skuter pula bikin kecoh, siap bawa kanak-kanak... Main redah tengah jalan, ini namanya menempah maut!

Pengguna e-skuter tidak menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

BELUM reda kes basikal lajak yang mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat, timbul pula isu membabitkan penunggang e-skuter di jalan raya.

Beberapa video tular di media sosial, menunjukkan aksi penunggang e-skuter itu bagaikan menempah maut.

Perkongsian pengguna Facebook, Fareez Aiman itu memaparkan beberapa video para penunggang e-skuter di jalan raya dipercayai berlaku di Cyberjaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah benar Sam Ke Ting tangguh hukuman, denda

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi basikal lajak: Jurujual wanita dipenjara 6 tahun, denda RM6,000 akibat kematian 8 remaja

"Risau tengok mereka naik e-skuter ramai-ramai atas jalan raya.

"Kereta, motosikal dekat Cyberjaya ni dahlah laju-laju," tulisnya.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan ramai pengguna menunggang e-skuter secara bebas dalam keadaan berbahaya di jalan raya tanpa menghiraukan pemandu kenderaan lain.

bahaya naik e-skuter 2

Peraturan untuk menggunakan e-skuter telah dibuat namun tidak dipatuhi segelintir pengguna.

Aksi segelintir penunggang turut dirakam oleh pengguna jalan raya menunjukkan mereka mengunakan lorong kanan yang dikhaskan untuk pemanduan laju dan bagi memotong kenderaan.

Malah, antara mereka juga selamba menunggang e-skuter sambil membawa kanak-kanak.

Apa yang lebih membimbangkan adalah sebahagian penunggang e-skuter ini tidak menggunakan sebarang alat perlindungan atau keselamatan.

Mereka bukan sahaja tidak mematuhi arahan yang dimaklumkan bagi penggunaan e-skuter seperti memakai helmet dan seorang penunggang bagi satu skuter, malah tidak mengikut undang-undang jalan raya.

"Dahlah tak ada protection. Cukuplah kes basikal lajak.

"Jangan jadi kes e-skuter pula selepas ni. Main di tempat yang sepatutnya!" jelasnya pada posting tersebut.

bahaya naik e-skuter 3

Dua individu menunggang e-skuter dalam keadaan berbahaya.

Menurut komen itu juga, pengguna e-skuter digesa untuk menunggang kenderaan di tempat yang betul, seperti taman atau kawasan tertutup yang besar.

Sementara itu, salah satu video yang dimuat naik menunjukkan seorang lelaki merakam dua pengguna e-skuter menghalang pengguna kereta dengan menunggangnya di tengah jalan.

Jangan jadi kes e-skuter pula selepas ni. Main di tempat yang sepatutnya!

FAREZ AIMAN

Lelaki berkenaan berang melihat situasi tersebut sebelum membuka tingkap kereta lalu dan menegur kedua-duanya dengan nada yang keras.

"Saudara! Skuter tu semua bukan untuk ditunggang atas jalan raya!” ujar lelaki tersebut.

Untuk rekod, posting Fareez Aiman dikongsi 4,000 kali dan rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang terhadap aksi pengguna e-skuter yang dirakamkan.

bahaya naik e-skuter 4

Antara komen netizen.

"'Cerdik' sangat main atas jalan kenapa... teruja baru jumpa ke? Gunalah laluan basikal.

"Agak-agak kalau terlanggar mati yang ni kena penjara enam tahun juga tak? Denda RM6,000 juga tak?

"Tak ada beza macam basikal lajak. Kena langgar penjara enam tahun je. Ngam," antara komen beberapa netizen.

Kes basikal lajak menjadi perhatian susulan insiden awal pagi yang mengakibatkan lapan kematian remaja, pada 2017.

Pada Rabu minggu lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani wanita, Sam Ke Ting dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

Ke Ting bagaimanapun dibenarkan menangguh pelaksanaan hukuman itu selepas diputuskan Mahkamah Rayuan pada Isnin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Bapa Qi Razali meninggal dunia